Alhamdulillah! Wany Hasrita sah bergelar isteri, terima cincin berlian sebagai mas kahwin

DENGAN dua kali lafaz penyanyi Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya bernama Al Adib Fahmi dalam majlis yang berlangsung pada malam Jumaat.

Akad nikah tersebut disempurnakan oleh bapa Wany sendiri iaitu Hasbullah Hassan kira-kira pukul 9.15 malam di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.

Pada majlis tersebut Adib atau nama sebenarnya Muhammad Al Adib Fahmi Harun, 30, menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin.

Terdahulu, Wany berkongsi berita gembira dia bakal mendirikn rumah tangga dlam satu hantaran di Instagram pada lewat petang jumaat.

Wany sebelum ini pernah berkongsi tentang perancangan untuk berumah tangga namun merahsiakan hal tersebut termasuk identiti bakal suami.

Difahamkan lelaki berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di sebuah lokasi dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*