Jep Sepahtu Tampil Buka Akaun Tiktok, Ramai Dedah Tak Jumpa Akaun Miliknya Rupanya Ini Nama Yang Jep Letak

Sebut sahaja nama Jep Sepahtu pastinya ramai terbayangkan lawak jenakanya yang cukup menghiburkan. Bukan sahaja bergelar seorang pelawak, Jep juga adalah seorang penyampai radio di Sinar FM. Selepas rancangan Sepahtu Reunion dengan kehadiran Ryan Bakery sebegai tetamu jemputan menjadi bualan ramai, Jep nampaknya sudah membuat akaun TikTok miliknya sediri.

Jep akhirnya buka akaun TikTok miliknya itu hari ini dan sehingga kini hanya ada satu sahaja video yang dimuat naik. Perkongsian mengenai akaun TikTok milik Jep ini diberitahu menerusi akaun Instagram pelawak ini. Malah dia turut memberitahu menerusi siaran langsung di Sinar FM pagi tadi. Biarpun dalam masa beberapa jam sahaja, Jep Sepahtu berjaya mengumpulkan pengikutnya sebanyak 16.6 ribu.

Wow, penangan Jep ni memang luar biasa sekali! Berikut adalah satu-satunya video pertama Jep Sepahtu muat naik menerusi akaun TikToknya dengan nama akaun jepatapan: Menerusi video tersebut dipaparkan Jep berdiri sambil merenung ke luar tingkap dengan kapsyen memaklumkan yang dia tidak faham dengan fyp yang diperkatakan. Baru satu video Jep sudah dapat lebih 215 ribu tontonan dan 22 ribu likes. Berita mengenai Jep akhirnya buka akaun TikTok ini nampaknya telah menarik perhatian warganet. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen.

 

 

 

 

 

Sumber : Awattsyeikh.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*