“Mula-mula confident,” – [VIDEO] Gelagat kanak-kanak ‘tersalah’ bapa buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @milzan97, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang berada di sebuah pasaraya berpaut pada kaki lelaki tidak dikenali yang disangkakan bapanya. Selama beberapa saat, dia enggan melepaskan pegangan berkenaan sementara ibunya sudah tergelak besar.

Rupa-rupanya lelaki tersebut bukanlah bapanya, namun wajah lelaki tersebut sangat mirip dengan bapa kanak-kanak tersebut. Cuma apa yang berbeza cumalah bentuk badan sedikit ‘berisi’.

Tambahan pula, kebetulan hari itu mereka berdua turut memakai baju lengan pendek hitam dan mask berwarna sama. Maka, tidak hairanlah kanak-kanak tersebut mula keliru sebelum menyedari mana satu bapanya yang sebenar.

“Tdi jln2 d Mydin Sandakan. Riuh anak3 bgtaw umie muka pacik tue sama muka abah dOrg.. tpi pacik tue gemvk sikit dri abah kunun. Smpai Zaheen pun sngka ‘pacik’ tue abahnya. D pelvk nya bah kaki ‘pacik’ tue. Bru umie taw, rupanya ‘kembar cek asben’ tue tiktOkers,” tulis @milzan97 di ruangan kapsyen video.

Video:

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 5.6k tontonan, 476 tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

 

 

 

Sumber : tiktok milzan97

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*