Bob Lokman Dah Selamat Dikebmikan, Kali Ni Datuk Hattan Kongsikan Satu Pengalaman Sedih

Penyanyi legenda, Datuk Hattan berkongsi pengalaman sedih apabila memberitahu lirik lagu Rendang Tak Berbuah yang ditulis oleh Bob Lokman dinukilkan ketika Bob Lokman sedang meniarap akibat strk. Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin memberitahu, sejarah lagu itu sangat menyedihkan kerana ketika itu dia baru sahaja berpisah dengan isterinya dan lmpuh separuh badan. “Ketika saya tiba di rumah dia, dia sedang meniarap akibat lumpuh dan baru lepas berpisah. Lagu ini merupakan rintihan kepada ibu dia. “Jadi saya tak boleh lupa bagaimana Bob menulis lirik ini tak sampai 45 minit. Fuh. Lagu ini ciptaan saya,” katanya ketika berkongsi pengalaman bersama peminat semasa membuat persembahan di Kepala Batas, Kedah anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam. Menurut Hattan, lirik itu sangat dahsyat dari segi makna dan penghayatannya.

“Semoga Bob tenang di sana. Kita yang hidup teruskan perjuangan dan semoga kita semua dikurniakan khusnul khatimah (pengakhiran yang baik). “Walaupun jasad saya di sini, tetapi hati saya di Kota Bharu (rumah Bob Lokman). Bagaimanapun saya mempunyai tanggungjawab untuk menghiburkan peminat di sini (Kepala Batas),” katanya. Dalam perkongsian itu, Hattan turut menyanyikan lagu itu tanpa muzik dengan penuh emosi. “Boleh tak anda menyanyi tanpa muzik Ibu mengertilah aku sengsara lemas berendam air mata,” katanya. Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman, 58, menghembuskan nafas terakhir semalam di rumahnya di Kubang Kerian, Kota Bharu. Kredit, https://www.asiakini.com/, KOSMO

Lirik Lagu Isabella Pernah Ditolak Beberapa Kali, Sebak Kali Ni Amy Search Pula Mula Bongkarkan Cerita Pasal Bob Lokman. PEMERGIAN pelakon dan penulis lirik Bob Lokman turut dirasai oleh sahabat lamanya yang juga merupakan penyanyi lagu Isabella iaitu Datuk Amy Search. Mengimbau kembali detik perkenalan dengan Allahyarham, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, menyifatkan Bob seorang yang sangat berbakat besar dalam penghasilan lirik lagu. “Saya mula-mula jumpa Bob ketika dia masih bersekolah lagi. Dia dikenali sebagai seorang yang kelakar. “Ketika dia sudah berjinak menulis lagu, maka terhasil ciptaan Isabella yang mencetus fenomena dalam industri muzik,” katanya ketika sesi secara langsung bersama Astro Awani pada petang Jumaat. Amy mengimbau memori sewaktu menghasilkan lagu Isabella. Berkongsi cerita mengenai lagu Isabella, Amy berkata lirik ciptaan dia itu pernah ditolak dan dirombak beberapa kali oleh Datuk M. Nasir.

“Lirik lagu ini merupakan kisah sebuah cinta yang trags. Sewaktu Bob menulis lirik lagu tersebut, M.Nasir menyemak lirik terlebih dahulu. “Beberapa kali juga lirik lagu itu ditolak, sampailah ia benar-benar mendapat kata putus dan dipersetujui ramai,” katanya. Pemergian pelakon dan penulis lirik Bob Lokman turut dirasai oleh Amy Search. Sementara itu, rakan penulis iaitu Habsah Hassan, 73, pula menyifatkan karya Allahyarham adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan dalam industri muzik tanah air. Kata Habsah lagi, meskipun Bob dilihat agak kasar namun Dia mempunyai hati yang lembut. “Apa yang saya boleh katakan, Bob antara penulis lirik yang saya hormati. Setiap lirik yang dihasilkan mempunyai makna tersurat dan tersirat. “Tak ramai penulis kita yang mempunyai keupayaan seperti Bob.

“Bob seorang yang kelakar, pandai ambil hati orang tapi Bob juga sangat sensitif. “Walaupun mungkin kadang-kadang dia bercakap bunyi macam kasar, tetapi sebenarnya dia orangnya sangat berhati lembut,” ujarnya. Sebelum ini, Amy dan Habsah pernah memberi sokongan dengan membeli nasi Arab jualan Bob demi menyara kehidupan hariannya. Malah, beberapa rakan selebriti lain juga turut melakukan kutipan sumbangan untuk diberikan kepada arwh sewaktu dia dalam kesusahan satu ketika dahulu. Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 58, meninggal dunia di Kubang Kerian, Kelantan kira-kira pukul 2 petang, Jumaat.

 

 

 

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*