Sayu Hati Tengok Hamzah Anak Arw4h Abam Menangis BiIa Kucing Kesayangan ‘Pergi’

Bagi pencinta kucing, kehilangan kucing kesayangan yang sekian lama dijaga pastinya meninggaIkan kesan yang sangat mendalam.

Anak arw4h kepada Abam Bocey, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey turut terkesan bila mana kucing kesayangannya yang bernama Mona telah pergi meninggaIkan Hamzah dan keluarga.

Perkongsian video yang dimuat naik ibunya, Siti Norhidayah Mohd Ali menerusi Instagramnya meruntun hati ramai pihak.

Mana tidaknya, Hamzah yang menangis teresak-esak saat Mona mati turut membuatkan ramai yang berduka.

“Abang Hamzah menangis Mona pergi selamanya. Saat Mona pergi Mona pun menangis.

“Bye Mona, Ibu dan abang Hamzah sayang Mona,” tulisnya di Instagram.

Malah Hamzah yang dipujuk ibunya seakan tidak dapat menahan perasaannya dan meluahkan rasa kesedihannya itu dengan tangisan hingga membuatkan ramai yang turut bersimpati.

Lebih sedih lagi bila mana Hidayah turut berkongsi video kucing kesayangan mereka, Mona yang turut menangis.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @abam_bocik

Dalam pada itu, video perkongsian dari Hidayah ini turut menerima pelbagai reaksi pengikutnya malah ada yang turut berduka dan turut memberikan semangat buat Hamzah.

Semoga Hamzah terus kuat dan sihat membesar biarpun tanpa kucing kesayangannya itu.

 

 

 

 

Sumber Ig @abam_bocik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*