“Terbalik adik pulak tolong uruskan kakak” – Moga adik ini terus berjasa kepada keluarga

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada yang dilahirkan sempurna fizikal dan mental tetapi ramai juga yang dilahirkan tidak sempurna ment4l dan fizikal dan menjadi insan istimewa.

Walaupun insan istimewa ini selalu disalah ertikan, tetapi mereka sebenarnya bertuah kerana akan ada insan atau ahli keluarga yang akan selalu berada di sisi mereka untuk menjadi pelindung kepada mereka.

Seperti juga yang dilakukan oleh seorang yang bergelar adik kepada kakaknya dalam rakaman video yang sempat dirakam oleh ibunya apabila adik perempuannya yang walaupun masih usia kecil membantu kakaknya bersiap ke sekolah.

Rakaman video itu memaparkan seorang adik yang sedang menolong kakaknya memakai kasut sekolah kerana kakaknya itu adalah insan istimewa dan memerlukan orang untuk menolongnya. Walaupun masih kecil tetapi kasih sayangnya itu seperti insan yang lebih matang.

 

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai warganet yang memuji keperibadian adik itu yang sangat bagus. Mereka juga memuji didikan ibu bapa yang pandai membentuk peribadi yang bagus di usia yang masih kecil.

Komen Netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : kv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*