‘Nad Zainal cuba nak bercakap, tapi hanya gerak bibir’

Kuala Lumpur: Tidak banyak perkembangan terbaru berkenaan pelakon Nad Zainal yang dapat dikongsi semalam kerana keadaannya sama seperti beberapa lalu.

Bagaimanapun pelakon Ungku Ismail Aziz, 36, menerusi Instagram Story malam tadi berkata, cuma Nad makin celik dengan mata laloknya juga berkurangan.

“Alhamdulillah, ada waktu dia mahu cuba bercakap, tapi dah tentu nampak bibir saja gerak dan tak faham. Maka, selamat meneka apa yang dia cuba nak cakap masa itu.

“Mama Nad dapat teka dia bertanyakan anaknya, Yem. Dan mereka tunjuk video sedikit. Lama-lama kang (nanti) dia nangis, tak elok. Kami nak dia sentiasa kuat.

“Saya ada bertanya apakah hari ini rasa lebih baik dari semalam, dia angguk. Alhamdulillah,” tulisnya.

Menurutnya, doktor mahukan Nad berehat sepenuhnya, jika dia tertekan atau ‘struggle’ banyak, akan menjejaskan laporan harian kesihatannya dan langkah pulih seterusnya mungkin akan menjadi perlahan.

“Saya pohon doa semua, agar mendoakan dia terus sihat, paru-parunya menjadi stabil dan bagus, sesuai dengan waktu ingin ‘extubate’ nanti. InsyaAllah

“Allahu Yashfiihaa, Allahu Yashfiihaa, Allahu Yashfiihaa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ungku Ismail terus menyeru peminat agar memberi bantuan sumbangan wang bagi membantu pembiayaan perubatan untuk Nad menerusi link (pautan) Derma Sini Now.

“Tolong sedekahkan bacaan Al Quran juga. Al Quran itu penawar. Tolong titipkan sebanyak doa memohon dia sihat yang mungkin doa itu mampu mengubah takdir,” katanya.

Menurutnya jika semua itu enggan dibuat, dia minta agar individu terbabit diam.

“Berhenti bercakap benda yang bukan-bukan yang menyusahkan lagi keadaan,” katanya.

 

 

 

 

 

Sumber : hm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*