Genap 3 Tahun Anak ‘Pergi’, Nora Ariffin Melawat Pus4ra Sambil Bawa Skrol Diploma Milik Arwh

Sebelum ini tul4r tentang penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengambil skrol anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan di majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 yang berlangsung bulan lalu.

Terbaru, Nora telah membuat satu perkongsian di laman Instagram miliknya dengan memuat naik gambar dan video kenangan bersama arwh anaknya yang telah genap 3 tahun meninggalkannya.

“14 Dec 2019, genap 3 tahun berlalu, seperti masih baru. Masih segar diingatan, belum luput dari pandangan. Rindu tak pernah padam.

“Moga anaknda Alif tenang disana. Mama redha pada Alif. Moga syurga tempat istirehatmu & kita semua.

“Al- fatihah buat anaknda Alif Johan & semua yg telah terdahulu pergi meninggalkan kita.” tulisnya.

Dalam perkongsian itu juga, Nora berkongsi satu gambar dia melawat ke pusara sambil membawa skrol diploma milik arwh anaknya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata peminat mengirimkan doa dan kata-kata positif kepada pelantun lagu Secebis Harapan.

Untuk makluman, arwah Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah. Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*