Nad Zainal Dalam Keadaan Baik, Kini Dalam Proses Pemulihan

Hampir sebulan dimasukkan ke hospital akib4t pendar4han pada bahagian p4ru-p4ru, terbaru keadaan kesihatan pelakon Nad Zainal dilaporkan dalam keadaan baik.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan artis iaitu Ungku Ismail menerusi satu video di Instagram. Ungku Ismail memberitahu Nad kini dalam proses pemulihan.

“Nad masih dalam proses pemulihan. Dia dalam keadaan baik, Alhamdulillah. Saya mohon kamu semua terus mendoakan dia agar dia sembuh, dilenyapkan segala peny4kit dan kembali sihat seperti sedia kala.

“Dalam video sebelum ini saya ada jelaskan tak mahu terlalu kerap update kerana bila dalam proses pemulihan dan bila banyak berehat tak ada banyak benda yang boleh saya kongsikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ungku Ismail Aziz (@ungkuismailaziz)

Saya tidak boleh nak cerita sangat, berlainan pada awal-awal dahulu, saya cerita secara terperinci sebab tak nak orang buat spekulasi yang bukan-bukan walaupun pada akhirnya ada juga orang buat dan tak tahu atas niat apa,” katanya.

Terdahulu, Ungku Ismail ada maklumkan Nad Zainal menunjukkan perkembangan yang positif dan sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, Nad kembali bergantung kepada alat bantuan pernafasan apabila p4ru-p4runya masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*