‘Chemistry’ tak sampai

MENDAPATKAN keserasian yang padu dalam menjayakan sesuatu lakonan bukan mudah.

Situasi sama turut dihadapi Sharnaaz Ahmad dan mengakui dia memilih pasangan berlakon bagi memudahkannya beraksi depan kamera.

Sharnaaz berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan dia tidak perlu memberi perhatian terhadap prestasi lakonan pasangannya itu.

Katanya, dia sering melihat gandingan lakonan yang tidak sepadan, terutama pelakon yang benar-benar berpengalaman dengan pelakon yang masih hijau.

“Contohnya pelakon berpengalaman berganding dengan pelakon baharu. ‘Chemistry’ takkan sampai. Ini kerana kalau orang yang ada pengalaman berlakon dengan orang baharu, dia akan tinggalkan pelakon baharu itu jauh di belakang.

“Kalau nak juga guna pelakon baharu, ambil pasangan yang lebih sikit pengalamannya supaya dia boleh bantu dan jadikan gandingan itu berjaya.

“Saya tak kisah kalau diberi gandingan dengan pelakon baharu asalkan dia boleh berlakon. Saya sendiri pernah dapat yang tak boleh beraksi di depan kamera.

“Perkara begini susah untuk saya jelaskan lebih lanjut. Saya bukan katakan dia tak bagus, tapi belum bagus lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz mengakui bergandingan dengan pelakon yang kurang berpengalaman sedikit sebanyak memberi nama buruk kepada pelakon yang lebih lama berkecimpung dalam industri lakonan.

“Pastinya ia memberikan impak kerana saya sendiri sudah melihat banyak kali. Stesen televisyen mahukan seseorang itu sebab dia popular dan sudah ada nama di media sosial.

“Nama pun ‘influencer’ (pempengaruh) jadi mereka patut kekal di lapangan itu. Bagus si TikTok maka kekal di platform itu saja kerana lebih menguntungkan juga di sana.

“Contohnya seperti Ryan Bakery, teruskan saja di medium itu kerana anda bagus di sana. Apabila masuk kepada drama pula, pasti orang akan menghakimi sama ada boleh berlakon atau tidak pula. Stesen televisyen juga perlu bersikap bijak dan jangan hanya memikirkan mengenai duit,” katanya. Dalam perkembangan lain, Sharnaaz bakal mengisi kerusi penjurian program The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) bersama Zul Ariffin, Emma Maembong, Ella, Elly Mazlein, Didie Alias, Shuib Sepahtu dan Atu Zero yang dijadualkan bersiaran pada 23 Disember ini di Astro Warna.

TMSMY3 ini bakal menyaksikan pembabitan lapan personaliti terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk tujuh muka baharu.

Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, semua peserta TMSMY3 memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.

Hanya suara dan kreativiti persembahan yang menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehingga dinobatkan sebagai juara.

 

 

 

Sumber : hm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*