“Bantu saya… anak menang1s keIaparan” Bapa 5 Anak Mohon Bantuan Terputus Bekalan Makanan

Kota Bharu: “Sebagai bapa, saya tak boleh tengok anak menangis kel4paran kerana kasihan melihat mereka dalam keadaan begitu,” luah orang kurang upaya (OKU) fizikal yang juga bekas tentera, Ab Hamid Othman.

Disebabkan buntu, Ab Hamid, 48, yang tinggal menyewa di Kampung Jaya Setia, Pantai Cahaya Bulan, di sini meminta bantuan isterinya, Suraya Hasan, 40, memuat naik hantaran di kumpulan OKU Sentral dekat Facebook (Fb), hari ini.

Turut dimuat naik dalam hantaran itu adalah gambar peti ais yang kosong tanpa makanan di dalamnya.

Niat bapa lima anak berusia antara empat hingga 17 tahun itu adalah memohon bantuan kerana mend4kwa sudah terputus bekalan makanan sejak kelmarin.

“Salam semua warga OKU, sy seorang OKU fizikal memohon jasa baik kawan-kawan dalam kumpulan ini.

“Dari kelmarin lagi kami sekeluarga terputus bekalan makanan, kasihan dekat anak-anak kecil saya terpaksa menang1s kel4paran.

“Kemanakah saya harus mengadu nasib kami yang mal4ng ini,” tulis isterinya, Suraya mewakili Ab Hamid menerusi hantaran di kumpulan berkenaan.

Ab Hamid berkata, dia enggan meminta simpati orang ramai tetapi terpaksa menebalkan muka kerana tidak mahu anaknya terus kelaparan.

Katanya, perkongsian di FB itu jalan terakhir yang ada dan dia sendiri yang minta bantuan isteri muat naik hantaran berkenaan kerana sudah tidak nampak cara lain memandangkan tiada sumber pendapatan tetap.

“Saya pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 1991 hingga 2001.

“Ketika mengikuti misi di Bosnia Herzegovina pada 1994, tangan saya terkena b0m hingga tangan kanan hampir putvs dan detik itu yang mengubah hidup saya menjadi insan OKU.

“Ikutkan, saya pernah lakukan pelbagai pekerjaan antaranya buruh binaan dan terbaru jual buah nangka cuma tidak boleh lakukan kerja berat memandangkan tangan cepat kebas.

“Isteri pula tidak bekerja kerana menjaga ayahnya yang s4kit baru-baru ini, selain membantu uruskan anak kami,” katanya yang kali terakhir berkhidmat di Kem Batalion 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu.

Menurut Ab Hamid, dia berserah kepada Allah dan berterima kasih seandainya ada yang sudi membantunya sekeluarga.

“Syukur jika ada yang membantu, hanya Allah saja dapat membalasnya.

“Ikutkan, saya ada terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) cuma tidak cukup kerana hanya RM450 sebulan.

“Sedangkan, sewa bulanan rumah saja sebanyak RM400 dan itu pun sudah empat bulan tertunggak,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan ke akaun BSN bernombor 0310029816476094 atas Suraya Hasan atau menghubunginya di talian 016-444 4905.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*