“Dua-Dua T0ksik, Hip0krit” D4kwa Kebenaran Akan Terbukti, Puteri Sarah Bagi ‘Hint’ Syamsul, Ira Dah Nik4h?

Sedia maklum, kemelut diantara pasangan selebriti Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof berserta orang ketiga iaitu Ira Kazar masih lagi berterusan biarpun sudah berlaku sejak beberapa bulan lalu.

Terbaharu, Puteri Sarah ada memuat naik status di IG Storynya seakan-akan memberi bayangan bahawa Syamsul dan Ira sudah pun berkahwin secara senyap, ia sekaligus menjawab gosip bualan netizen sebelum ini.

Di dalam status yang dilakukan oleh pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, dia seperti sedang memerli kedua-dua individu berkenaan.

Susulan itu, pihak BH Online telah menghubungi pelakon terbabit untuk bertanya soal perkahwinan secara senyap-senyap diantara suaminya serta Ira, tetapi Sarah hanya gelak di hujung talian.

Soalan ni lebih sesuai ditanya kepada Syamsul dan kekasih, lebih sesuai empunya diri buat penjelasan.

Apabila ditanya pula status di Instagram itu ditujukan kepada individu mana, pelakon tersebut hanya berkata siapa makan cili, dia terasa pedasnya.

Sarah juga menjawab dirinya menyerahkan hubungan perkahwinan mereka kepada kuasa Allah dan sudah lama reda dengan segala keputusan serta tidak mahu menoleh kebelakang lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan pejabat agama kepada penyodol, Ira Kazar kerana telah menganggu ketenteraman rumah tangganya.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*