“Kebenar4n Kvasa Allah..“ Netizen terg4mam! Ruang s0lat imam bersih tanpa lumpvr selepas ‘ditel4n’ banjir

Kejadian bencana alam yang sedang berlaku pada ketika ini bukan hanya semata Allah menguji umatnya malah, Allah menghantar musibah ini sebagai tanda bukti kekuasaannya supaya manusia faham dan sedar akan kebesarannya dalam menguasai alam semesta.

Bahkan, baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna @yahibrahimkhan di laman TikToknya, dia membersihkan dalaman surau di Padang Kubu selepas ditenggalami air banjir sepenuhnya pada 18 Disember.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen adalah bukti kebesaran Allah apabila tempat solat imam kekal bersih tanpa sebarang lumpur telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

“Allahurabbi hebat caturan Allah, sikit pun tempat solat imam tak kena selut padahal kawasan ini 100 peratus masuk air dan berselut.

“Pasukan kakak mengaji bersama-sama membersihkan kawasan surau Padang Kubu selepas dilanda banjir besar pada 18 Disember 2022,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Bukti kebesaran Allah!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka apabila melihat bukti kepada kebesaran Allah yang sangat menakjubkan memandangkan tiada secalit lumpur yang melekat pada sejarah imam tersebut.

Netizen kongsi pengalaman

Bukan itu sahaja, netizen juga berkongsi pengalaman yang sama dimana kitab suci Al-Quran di rumah mereka tidak terjejas sedangkan perabot dan harta benda yang lain mengalami kerosakan yang teruk akibat ditenggelami air banjir.

Ada individu yang tak percaya

Malah, ada juga individu yang tidak percaya kejadian tersebut dan menuduh pemilik video terbabit meletakkan sejadah tersebut sebaik sahaja surau itu dibersihkan.

@yahibrahimkhan Replying to @jacksparow91_ ♬ DJ What You Come X Teki Gan Pargoy Santuy – Kelud Music

Namun begitu, pemilik video terbabit menegaskan insan yang melakukan kerja pembersihan pada ketika itu tidak melakukan perkara tersebut memandangkan kawasan disekeliling sejadah dipenuhi lumpur yang agak tebal.

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: TikTok @yahibrahimkhan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*