“Tahniah, Mak Iti..” Nak pindah dubai? Siti Nurhaliza Beli Rumah Pertama

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil berkongsi momen dan suasana ketika berada di kediaman pertamanya di Dubai, semalam.

Menerusi hantaran di Instagram Story (Igs), Siti telah berkongsi berita gembira tersebut ketika dia sedang bercuti bersama keluarganya di negara itu.

Malah, penyanyi itu juga sempat meluahkan rasa bersyukur dan membuat ‘house tour’ untuk mempamerkan keindahan pemandangan kediamannya yang berdekatan dengan sebuah pantai.

“Alhamdulillah, home sweet home,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, kedua-dua cahaya matanya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa turut kelihatan sangat teruja ketika tiba di rumah agam mereka itu.

Selain itu, anak tirinya, Asyraf Khalid turut meluahkan rasa bangganya dengan kejayaan yang telah dicapai oleh penyanyi tersohor tanah air itu menerusi sebuah perkongsian di Igs.

Malah, Asyraf turut terinspirasi dengan pencapaian ibu tirinya itu dan berharap agar dirinya memiliki kejayaan yang sama suatu hari nanti.

 

 

 

 

 

Sumber : xtra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*