Ramai Sebak Teng0k Rita Rudaini Duduk Dalam Kereta Tunggu Anak Solat Jumaat

Hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, bukan perkara mudah buat pelakon Rita Rudaini kerana dialah ibu dan dia juga bapa.

Baru-baru ini, Rita ada memuat naik video di Instagram memaparkan dia menunggu kedua-dua anak lelakinya di masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Menerusi video itu, Rita berkata dia memuat naik video itu untuk dijadikan kenangan. Lebih sebak, Rita berkata tugasnya akan selesai apabila anak-anaknya sudah berkeluarga kelak.

“Simpan kenangan ni sampai akhir hayat kamu ye anak-anak. Mommy tuggu kamu dalam kereta. Tugas mommy untuk anak-anak lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri. Doakan mommy sihat selalu,” tulisnya.

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tersentuh dan sebak dengan pengorbanan dan usaha Rita dalam mendidik anak-anak.

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak. Namun bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber : rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*