Kebahagiaan Perlu Dicari, Julia Farhana Tak Malu Nikahi Duda – “Kita Bukan Rampas Hak Orang”

Pelakon Julia Farhana Marin tidak malu mendirikan rumah tangga dengan lelaki berstatus duda.

Menurut Julia, urusan jodoh adalah rezeki dan telah ditentukan oleh Allah SWT malah menegaskan bahawa dia tidak mengambil hak orang.

“Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Lagipun kita bukan rampas hak orang. Kebahagiaan itu perlu dicari,” katanya dalam sebuah hantaran TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, Julia turut berkongsi foto perkahwinannya yang telah berlangsung di sebuah hotel pada 14 Disember lalu.

Di ruangan komen, rata-rata warganet dilihat menyokong kenyataan Julia.

“Biarlah, janji buka suami orang.

“Janji bukan suami orang dan kita bukan perampas.

“Selagi tak menjadi orang ketiga, tak perlu malu. Kecuali dia runtuh rumah tangga orang,” tulis warganet di TikTok.

Terdahulu, suami kepada Julia, Dr Che Hafiz merupakan bekas suami kepada penyanyi Lufya.

Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan seorang puteri iaiti Laana Haura, 5.

Namun begitu, ikatan perkahwinan tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 17 Jun 2020.

 

 

 

 

Sumber : xtra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*