Syamsul Yusof 2.0? Kini Fattah Amin pula ade kekasih baru

Kehadiran puteri sulung iaitu Nur Fatima Aisya nnelengkapi kehidupan pasangan selebriti terkenal iaitu Fattah Amin dan isterinya, aktres Nur Fazura.

Menerusi video yang dikongsikan di TkTok, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin berterinna kasih kepada Fazura yang memberikan ‘girlfriend’ baharu untuknya.

 

“Thank you mommy, for my new girlfriend (Terima kasih mommy, untuk teman wanita saya yang baru),” tulis Fattah.

Teman wanita yang dimaksudkan Fattah di kapsyen perkongsian itu merujuk kepada anak perempuan kesayangannya.

Rata-rata netizen nnengatakan mereka sudah lama meminati pasangan itu dan minat nnakin bertambah semenjak kehadiran Fatima.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Selain itu, segelintir netizen juga menganggap wajah Fatimah yang kini berusia dua tahun itu mirip ibunya.

“Dari masa bercinta dulu aku duk love sangat dengan depa (mereka) sampai Fatima muncul lagi love. Semoga bahagia selalu.

“Dah nampak muka mummy dia… the cutest of Fatima.

“Bila dia dah besar baru nampak muka Fazura,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

 

 

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*