Hidup Kita Takkan Tenang Selagi Kita Nampak Siapa Sakiti Kita.

Pelakon Nadia Brian tidak dapat menahan air mata apabila mendengar tips untuk memaafkan seseorang oleh penceramah bebas iaitu Izzhar Nazri.

Sukar melupakan

Menerusi temu bual di podcast CintaQuran, Nadia akui mudah memaafkan seseorang namun sukar melupakan perbuatan yang dilakukan terhadapnya.

Sebagai contoh, ibu bapa saya bercerai daripada saya kecil. Saya membesar tanpa seorang ayah. Nak maafkan ayah tu, memanglah ayah kita maafkan tapi benda tu ada di dalam hati kita.

Menjawab kepada persoalan Nadia, Izzhar menyatakan Allah dan Nabi tidak pernah meminta umatnya untuk melupakan cukup sekadar memaafkan.

Ada orang dia rasa aku boleh maafkan tapi aku takkan boleh melupakan. Nabi tak pernah pun minta kita melupakan salah orang pada kita.

Allah minta kita untuk memaafkan tapi tidak melupakan supaya kita belajar daripada silap kita yang dulu. Kita tidak lagi letakkan harapan pada manusia.

Maafkan orang, Allah maafkan kita

Menurutnya, Allah berfirman dalam surah An Nur bahawa memaafkan orang lain bermaksud Allah akan mengampunkan juga dosa kita.

Dalam surah an Nur ayat 22, Allah kata sesiapa yang boleh memaafkan kesilapan yang orang dah buat pada dia dan berlapang dada, aku maafkan dia.

Maknanya lagi besar sebenarnya Allah akan bagi pada kita syaratnya apa? Dengan memaafkan orang lain. Rupa-rupanya macam ni konsep dia.

Kalau Allah tak izin dia takkan sakiti. Lidah yang cakap buruk pasal kita tu pun adalah dengan izin Allah.

Berlapang dada

Dalam pada itu, Izzhar memberitahu untuk berlapang dada dan maafkan orang yang sakiti kita bagi menjalani hidup yang tenang.

Sebenarnya Allah sedang menjawab kita punya doa. Hari-hari kita minta Allah ampunkan kita.

Ulama bagi tahu kalaulah amalan kita tidak dapat menjemput keampunan Allah, Allah akan hantar manusia untuk sakiti kita supaya bila kita maafkan orang yang sakiti kita tu Allah akan ampunkan kita.

Hidup kita takkan tenang selagi kita nampak siapa sakiti kita. Kita akan mula lapang bila kita tahu siapa yang hantar orang ni. Tulah cara proses untuk kita nak memaafkan orang. It takes time tapi dia worth it.

 

 

 

 

Sumber: CintaQuran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*