Enggan memanjangkan isu teguran kepada bekas isterinya, Abby Abadi, pelakon Norman Hakim akhirnya mengalah dan meminta maaf atas kekhilafan dirinya.
Norman menerusi ruangan komen berkata dia akan bertanggung dan berusaha sehabis baik untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.
“Okay lah bok… Ampun maaf untuk yang ke sekian kali untuk segala kelemahan salah dan silap. Saya ambil tanggungjawab ini andai ini semua khilaf saya.
“Seperti yang saya kata, insya-Allah saya usaha yang termampu. Jarang saya nak komen secara terbuka tetapi kami tidak mempunyai akses untuk menghubungi kamu.
“Dania kirim salam sayang buat awak. Doakan yang baik baik bok,” tulisnya.
Terdahulu, Norman meluahkan rasa kurang senang dengan sikap Abby Abadi yang begitu terbuka berkongsi kisah membabitkan anak mereka, Marissa.
Sebelum ini Abby secara eksklusif mengesahkan kepada Gempak, Marissa, 19, sudah menikah dengan Mohd Aslam di Thailand pada Disember lalu tanpa pengetahuan mereka.
Perkahwinan itu menjadikan Marissa sebagai isteri kedua Aslam selepas kecurangan mereka terbongkat pada tahun lalu.
Isteri pertama Aslam dikenali sebagai Misya, 25 tahun.
Sumber : OB
Leave a Reply