Pelakon, Daler Yusuf memaklumkan isterinya iaitu Sakinah Burukul yang kini sedang sarat hamil telah dimasukkan ke wad sebuah hospital pada pagi Isnin selepas mengalami pendarahan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Daler atau nama lengkapnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 32, meminta orang ramai mendoakan kesihatan bayi dalam kandungan tersebut.
Pagi Isnin isteri saya, Sakina ada berlaku pendarahan sikit dan perut dia sakit. Sekarang kami berada di hospital.
Bayi baru 36 minggu dan satu hari. Doktor sudah periksa. Minta doakan yang baik-baik untuk bayi kami di bulan yang mulia ini.
Menerusi perkongsian sama, Daler turut memuat naik foto dia menggenggam tangan isterinya yang sedang baring di atas katil wad hospital.
Dalam pada itu, ruangan balas dihujani dengan doa dan kata-kata semangat daripada wargamaya buat pasangan itu.
Terdahulu, Daler mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan sudah berkahwin sejak 10 tahun laludengan Sakinah.
Sebelum ini, Daler mengumumkan isterinya sedang hamil cahaya mata keempat yang merupakan anak kembar. Pasangan itu juga sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram
Leave a Reply