Terkejut dengan perkongsian terbaru Rihana. Jika dia beritahu cerita sebenar yang berlaku pasti akan rasa lega.

Bulan lalu, nama bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Petra menjadi perhatian ramai apabila peguam Sultan Kelantan mengesahkan sudah menghantar surat berpisah talak tiga kepada pihak peguam Rihana. Namun, setakat ini masih tiada khabar terbaru mengenai status perkahwinan diraja itu. Bagaimanapun, perkongsian terbaru oleh Rihana di Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya dikalangan warganet.

Menerusi entri itu, Rihana menyedari ramai yang ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka. Ujarnya lagi, jika beliau memberitahu kisah sebenar pasti beliau akan merasa lega. Namun, katanya seandai beliau menceritakan perkara sebenar pasti ianya akan menyakitkan.

“Sebelum ini, saya tidak bersedia untuk menceritakan semuanya.. Kemungkinan, jika saya memberitahu anda kisah sebenar, saya akan merasa lega.. Tetapi, saya tidak mahu menyakiti sesiapa pun, ianya pasti akan menyakitkan sekali,” tulisnya.

Terdahulu, Rihana terk1lan dengan d4kwaan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang menafikan statusnya sebagai bapa kepada anak mereka menc4bar baginda melakukan ujian DNA terhadap bayi berkenaan. Sumber: Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*