“Tahu-Tahu Dah Ditukar Pelakon Lain, Tak Ada Sekor Pun Bagitahu”-Amerul Affendi

Pelakon Amerul Affendi meluahkan rasa kesal terhadap produksi tempatan yang telah menggugurkan namanya disebabkan perubahan syarat yang terlalu banyak dalam kontrak.

Dedah Amerul, selain ditertawakan oleh pengurus produksi terbabit, dia turut digugurkan dan diganti dengan pelakon lain.

“Bila kau ditertawakan oleh pengurus produksi kerana banyak sangat term yang nak diubah dalam kontrak.

“Dan kemudian tahu-tahu dah ditukar dengan pelakon lain tanpa ada sekor pun bagitau. Tengoklah tahap professionalnya industri ni..

“Nasib baik dah jadikan lakonan ni hobi sahaja,” ciapnya.

Amerul dalam masa sama turut berkongsi paparan skrin perbualannya bersama wakil produksi terbabit yang memaklumkan kontraknya masih diproses ekoran terlalu banyak syarat. Turut disertakan emoji ketawa.

Dalam perbualan sama, Amerul menjelaskan dia perlu meneliti kontrak terbabit supaya tidak timbul sebarang isu pada masa akan datang.

Berdepan situasi kurang menyenangkan itu, dedah Amerul dia pernah diperli pengurus produksi sama sebelum ini sebagai pelakon yang demand.

“Dan ini kali ketiga berurusan dengan pengurus produksi ni… Ingat lagi bagaimana dia menganjing waktu di lokasi kata ‘wah bukan main ko ye sekarang demand betul’ sambil kawan-kawan dia ketawa terkekek-kekek.

“Lepas pada projek tu tahu-tahu nama dah dijaja ke merata tempat kata demand melampau.

“Demand-kah kalau menuntut hak yang sepatutnya.. demand-kah kalau masih buka untuk berunding bagi mendapat persetujuan yang baik kedua-dua belah pihak?” tambahnya.

Keluh Amerul lagi, biarpun industri tempang disebabkan wabak COVID-19, sikap dan pemikiran sama masih dibawa oleh penggiat industri hingga kini.

“Ingatkan bila dah terduduk dek kerana pandemik dulu akan berubahlah pemikiran dan perangai bila sudah boleh bekerja kembali.

“Rupanya masih sama.. berbuih mulut penggiat-penggiat industri bermuzakarah itu ini di serata platform media sosial untuk menjadikan industri ini kembali sihat selepas pandemik.

“Tapi kenyataannya masih sama dengan modus operandi yang sama.Sampai bila mahu begini?” luah Amerul lagi.

Sebelum ini, Amerul yang aktif menjalankan perniagaan ikan patin sangkar pernah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pilih kasih produksi tempatan yang hanya mengambil pelakon yang punyai jumlah pengikut 500,000 di media sosial.

Tak Famous Tapi Power- Ini 5 Filem Lakonan Amirul Affendi Yang Sangat ‘Menjadi’!

Amerul Affendi merupakan seorang pelakon yang hebat namun popularitinya tidaklah setanding pelakon kacak seperti Fattah Amin, Shaheizy Sam dan lain-lain. Beliau yang seringkali digandingkan dengan pelakon Bront Palarae atau Zahiril Adzim ini juga pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27.

Walaupun beliau seringkali memainkan watak sampingan sahaja, namun beliau mampu membawa pelbagai jenis watak dengan jayanya. Disini, admin kongsikan 5 lakonan hebat beliau sepanjang berada di industri hiburan tanah air.

Watak lembut

Dalam sebuah filem pecah panggung pada tahun 2016 iaitu Polis Evo, beliau pernah membawa watak seorang lelaki lembut, Mat Yam. Lakonan mantap beliau itu juga mendapat sambutan hangat para penonton.

Beliau yang pada asalnya menerima tawaran watak sebagai seorang lelaki siam kemudian last minute ditukarkan kepada seorang lelaki lembut di lokasi pengambaran. Walaupun begitu, beliau masih lagi mampu membawa watak tersebut dengan baik sekali.

Lakonan yang bersahaja

Beliau sekali lagi mencuri perhatian para penonton apabila berjaya membawa watak gengster, Adi dalam filem arahan Namron, One Two Jaga. Lakonannya yang bersahaja namun dalam masa yang sama, emosi dan jiwanya sebagai Adi cukup menyerlah sehinggakan penulis meletakkan beliau sebagai calon utama untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM30 kelak.

Watak yang memberinya anugerah

Berbeza dengan watak yang sering dimainkan, beliau membawa watak seorang guru yang penakut, takut untuk menyuarakan pendapat yang bernama Toyu menerusi filem Terbaik Dari Langit. Watak tersebut juga memberi tuah kepadanya apabila beliau dinobatkan sebagai pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27.

Kawan yang setia

Memegang watak Muski dalam filem Bunohan 2012, beliau berjaya melonjakkan namanya dalam industri hiburan. Wataknya merupakan kawan baik Adil yang dimainkan oleh Zahiril Adzim, menarik minat para penonton kerana berjaya membawa watak kawan yang setia.

Watak l4nun Sabah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*