Pemuda usia 22 tahun terkes4n tervk ditinggalkan bibik, masih terpanggil-panggil Kak Ana walau dah t1ada di rumah

SETELAH 16 tahun bersama, kini semuanya tinggal kenangan.

Terasa begitu ber4t hati keluarga ini untuk menerima kenyataan bahawa pembantu rumah kesayangan mereka yang berasal dari Madura, Indonesia telah men1nggalkan negara ini buat selamanya.

Menurut Muhammad Razmie Mohd Razak, 22, dia dan adik beradik yang lain cukup rapat dengan Ana Darwati, 41, yang lebih mesra disapa Kak Ana dan selama bersama dengan keluarga mereka, wanita dari negara seberang itu dilayan seperti saudara sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Razmie sempat mengimbas semula kisah pembantu rumah itu yang telah berbakti membantu menguruskan kerja rumah sepanjang 16 tahun bersama keluarga mereka.

Kak Ana dianggap sebagai ibu kedua Razmie kerana telah menjaganya sejak dari kecil.

“Dia seorang bibik yang baik dan rajin. Sebelum ni kami tak pernah ada bibik pun. Bibik ni sangat banyak berjasa dan sudah dianggap macam ahli keluarga sendiri.

“Dari umur saya lima tahun lagi Kak Ana yang jaga. Mandi, basuhkan ber4k masa kecil, cuci pakaian, kemas rumah sampai makan pun bibik yang masak untuk keluarga. Kak Ana selalu masak udang masak temp0yak sebab tu makanan kegemaran saya.

“Kalau saya m4las pergi sekolah pun masa dulu, Kak Ana akan m4rah p4ksa juga suruh pergi. Dia akan siapkan saya daripada mandikan sampai naik van pergi sekolah semua dia uruskan,” ujarnya yang menetap di Rawang, Selangor ini.

Namun bibiknya telah membuat keputusan untuk pulang ke Indonesia pada Oktober 2021 bagi menjaga bapanya yang s4kit tua pada ketika ini.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, dia antara individu yang paling sed1h dengan keputusan Kak Ana itu.

Imbas Razmie yang membantu ibu dan bapanya berniaga, terlalu banyak kenangan antara mereka sehingga sukar untuk menggambarkan rasa sed1h yang terbuku di hati.

 

Saya dah anggap bibik tu macam ibu kedua.

RAZMIE

“Saya sangat akrab dengan bibik berbanding abang-abang dan kakak . Saya selalu tidur dengan bibik sambil bercerita tentang mas4lah dengan dia. Kadang-kadang bibik ada juga bercerita tentang mas4lah di kampung. Kakak dia baru saja men1nggal dun1a tahun lepas jadi bibik selalu bercerita yang dia rindukan arw4h.

“Saya tak percaya bila dimaklumkan bibik terp4ksa balik semula ke negara asal. Saya memang tak pernah tinggalkan bibik, bercuti atau balik beraya di kampung pun akan bawa balik bibik.

“Lepas ni susah sikitlah bila Kak Ana dah tak ada. Saya dah terbiasa buat apa-apa mesti akan cari dia. Walaupun dia dah tak ada dalam rumah sekarang, kadang-kadang tu terlupa jadi saya terpanggil nama dia,” ujarnya.

Jejaka ini mahu ke Indonesia untuk mel4wat bibik jika ada peluang suatu hari nanti.

Dalam pada itu, Razmie turut berkongsi rakaman video penuh kenangan dengan emosi bersama pembantu rumahnya.

Video itu menjadi tular di TikTok dan turut dihujani komen-komen netizen yang menzahirkan rasa sed1h dan turut berkongsi pengalaman akrab dengan bibik masing-masing.

“Saya dah anggap bibik tu macam ibu kedua. Mak ayah memang sibuk berniaga ada bisnes nak diuruskan, jadi saya memang banyak luangkan masa dengan bibik dekat rumah.

Ibu Razmie (kiri) bersama bibik yang membantunya dalam menguruskan rumahtangga.

“Ibu ada juga tanya saya nak cari bibik baru atau tidak, tapi saya cakap tak perlu. Bagi saya Kak Ana adalah pembantu rumah yang tiada ganti.

“Saya ada je hubungi Kak Ana melalui video call walaupun dia dah balik Indonesia. Kalau ada rezeki dan umur panjang, saya bercadang untuk pergi ke kampung bibik suatu hari nanti,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*