‘I love you’ – Eyka Farhana

HUBUNGAN istimewa antara pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Akhyar Rashid dilihat semakin serius apabila kedua-dua mereka berani meluahkan ucapan I love you secara terbuka di media sosial.

Eyka menerusi laman sosial Instagramnya turut memuat naik foto dia bersama seorang lelaki dari belakang yang dipercayai Akhyar dengan memakai baju bercorak sama.

Diruangan komen tersebut Akhyar menulis pantun romantik kepada pelakon berkenaan.

“Buat pondok dari kayu, saya nak cakap I love you,” tulis Akhyar.

Akhyar berkongsi foto di Instagram dengan baju bercorak sama.

“Ini yang lemah ni. Belai rambut nampak kutu, I love you too,” jawab Eyka.

Aks1 pasangan itu mendapat perhatian netizen yang turut membalas komen Akhyar dengan pantun-pantun lucu.

“Pergi kedai jumpa nyonya, dia I punya.

“Lahir bulan Mac, I love you so much.

Beberapa foto me3sra Eyka dan Akhyar pernah tular sebelum ini.

“Makan ayam minum air, dah lemah lepas tu cair,” komen beberapa pengikut Eyka.

Sebelum ini, beberapa keping foto mesra serta boomerang Akhyar dengan Eyka ketika bercuti di sebuah destinasi percutian popular di luar negara tersebar di laman sosial.

Rentetan dari insiden tersebut, Akhyar tampil bersuara dan meminta peminatnya tidak lagi berkongsi aks1 mesra pasangan itu.

Pasangan itu dilihat menghabiskan masa bersama beberapa rakan lain pada Disember lalu.

Eyka bagaimanapun memadam foto-foto mesra berkenaan selepas menerima kec4man netizen.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*