Kemunculan Laudya Cynthia Bella Cvri Tumpuan, Netizen Anggap Masih Bersedih

“Kemunculan Laudya Cynthia Bella Curi Tumpuan, Netizen Anggap Masih Bersedih”

Kemunculan Laudya Cynthia Bella dalam program hiburan Indonesia, Bukan Bintang Biasa (BBB) pada Selasa telah menarik perhatian wargamaya.

Berdasarkan pemerhatian Gempak di akaun YouTube Alinskie Family, terdapat segelintir penonton program itu berasa kasihan melihat Laudya yang dikatakan kelihatan lesu dan tidak ceria.

Rata-rata mereka menganggap Laudya masih bersedih selepas mengumumkan rumah tangganya bersama Engku Emran sudah berakhir baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, ada juga peminat yang berharap agar Laudya mampu melupakan kisah keretakan rumah tangganya itu dengan cepat.

“Dia baru berp1sah, tak perlu suruh dia mengenali mana-mana lelaki, biar dia menikm@ti masa sendirian dahulu.

“Mungkin Laudya sendiri masih belum mahu menjalani penggambaran.

“Laudya sedang bersedih.

“Dia baru berpisah, jadi masih sedih di hati,” tulis beberapa penonton program berkenaan.

Menerusi laporan Gempak pada 1 Julai lalu, Laudya telah mengesahkan rumah tangganya bersama Emran telah menemui titik noktah.

Menurut Laudya, mereka berdua berpisah secara baik dan perkahwinan tersebut banyak memberi hikmah kepada dirinya.

Terdahulu, Laudya dan Emran mendirikan rumah tangga pada 8 September 2017.

Sepanjang perkongsian hidup, mereka tidak mempunyai cahaya mata bersama.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*