Akhirnya terjawab punca video dipadam…. Sugu Pavithra enggan ada kaitan dengan YouTube – “Biar kami satu keluarga biasa sahaja”

SELEPAS menimbulkan tanda tanya ramai, duo YouTuber masakan popular, M Sugu dan S Pavithra memberitahu mereka enggan lagi mempunyai sebarang kaitan dengan Youtube sebaliknya hanya mahu menjalani kehidupan biasa seperti sebelum ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Sugu berkata mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum.

Ini sekaligus menjawab teka teki ramai selepas kesemua video masakan yang dihasilkan pasangan suami isteri itu di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ telah dipadam pada Sabtu.

“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.

“Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” katanya ringkas ketika dihubungi portal berkenaan.

Lelaki berusia 29 tahun itu juga berkata dia dan isterinya masih belum memikirkan mengenai perancangan masa hadapan.

Sementara itu, Ibu Sugu, G Rajeswari, ketika ditemui mengharapkan hubungan anak dan menantunya itu dalam keadaan baik setelah mengharungi pelbagai kejadian sejak beberapa hari lalu.

Imej tangkap layar daripada saluran YouTube pasangan suami isteri tersebut yang tidak lagi memaparkan sebarang video.

“Saya ada mengikuti perkembangan mereka di televisyen dan saya harap mereka dapat mengharungi cabaran itu bersama-sama.

“Sebagai ibu, semestinya saya berasa bimbang dengan keadaan mereka,” katanya ketika ditemui di Ladang Elphil, Sungai Siput, Perak.

mStar pada Sabtu melaporkan kesemua 98 video di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ telah dipadam.

Sebelum ini pasangan itu memuat naik video pelbagai resepi masakan termasuk aktiviti keluarga mereka seperti percutian dan perpindahan ke kediaman baharu.

Perkembangan itu sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai malah ada yang membuat andaian masing-masing, tambahan pula selepas kontr0versi yang berlaku baru-baru ini.

Untuk rekod, mereka yang mula dikenali dan mencuri tumpuan ramai sewaktu kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mempunyai seramai 785,000 pengikut di saluran tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*