HATI mana yang tak sedih tatkala melihat adik sendiri yang baru berusia 17 tahun kini menderita kanser limfoma tahap empat.
Begitulah luahan rasa Rabiyatul Hidayah Muhammad Razi, 22, mengenai derita adik perempuannya yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurul Fatin Ielyqa sebagaimana dikongsikan menerusi Twitter.
Mesra disapa Rabiyatul, pelajar bidang Kejurur4watanitu mend3dahkan adiknya mula mengh1dap k4nser tahap dua sewaktu berusia 15 tahun.
“Sebenarnya dah 24 kali kemoterapi sehinggalah adik buat pemb3dahan transplant pada Februari lalu. Kami fikir adik dah OK.
“Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia sempat pergi sekolah tiga hari sebelum mula demam panas. Selepas dibawa ke h0spital dan buat pemeriksaan, kami dimaklumkan k4nser dia dah masuk tahap empat.
“Hari Khamis lepas dia buat kem0terapi ke-25 dan sekarang ada di rumah, hari Rabu nanti akan masuk w4d semula di h0spital Ampang, Selangor,” ujarnnya kepada mStar.
Menurut Rabiyatul, Fatin merupakan seorang gadis yang periang dan sangat rajin biarpun sudah lama mengh1dap peny4kit itu.
Fatin kini mengh1dap k4nser limfoma tahap empat.
Malah, jauh di sudut hatinya, dia berasa cukup sedih apabila mengenangkan derita yang terpaksa dilalui anak keenam dari tujuh beradik itu.
“Fatin ni suka menanam. Ada pokok serai, bawang dan sebagainya. Memang hobi dia. Dia juga seorang yang periang.
“Walaupun s4kit, dia suka tolong memasak. Memang terasa tengok dia sakit, sebab dah membesar sama-sama selama ni.
“Tapi kadang-kala dia boleh jadi sensitif. Masa mula-mula tahu k4nser datang balik, dia menangis salahkan diri sendiri, cakap dia susahkan orang.
Tak sangka ramai rupanya yang ambil berat mengenai adik saya.
RABIYATUL HIDAYAH
“Masa mula-mula tahu kanser dah tahap empat, saya memang nak menangis, tapi saya tahan… takkanlah nak menangis depan dia yang tengah menangis. Saya senyap dulu,” imbas Rabiyatul lagi.
Bercerita mengenai keluarga, Rabiyatul mend3dahkan dia bersama ibu dan adiknya itu kini menetap di Sungai Buloh sejak Disember lalu di kediaman kakaknya.
“Kami dulu duduk di Muadzam Shah, Pahang. Tapi berpindah ke Sungai Buloh menyewa bersama kakak sebab senang, treatment Fatin di Ampang.
“Dulu ulang alik naik bas atau kereta sewa. Dan lepas pencer4ian (mak) kami tak ada ketua keluarga, jadi buat keputusan duduk dengan kakak.
Rabiyatul mengakui sedih mengenangkan kes4kitan yang dihadapi adiknya.
“Kakak kerja, jadi makan minum terjaga, transport pun ada kakak sediakan.Sekarang ibu saya ibu tunggal, dia sebelum ni tukang jahit.
“Tapi sejak pindah ni memang dah kurang menjahit. Kalau dulu, Fatin pun selalu tolong mak sembat baju,” ujarnya lagi.
Malah kata Rabiyatul, dia menerima dengan hati terbuka seandainya ada individu prihatin di luar sana yang mahu meringankan beban kos perub4tan adiknya.
Fatin bersama ahli keluarganya.
Malah, ‘crowd fund’ yang dibuat di Twitter turut membuahkan hasil apabila ada pihak menghulurkan sumbangan buat Fatin.
“Saya sangat bersyukur, tak sangka ramai rupanya yang ambil berat mengenai adik saya. Saya tak terfikir pun nak buat macam ni (crowd fund) tapi ada orang bagi cadangan.
“Sebenarnya segan nak susahkan orang. Tapi kami alami kesukaran dari segi kewangan. Memang terkejut bila ada orang sudi tolong. Saya doakan mereka semua dipermudahkan urusan, terima kasih sangat-sangat,” ujarnya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebooksatkobaviral.com
Sumber : Mstar
Leave a Reply