Pemimpin PoIitik Sibuk Berebut Kuasa. Ebit Lew Pula Sibuk Hantar Bantuan, Siap Guna Kapal Terbang

 

” Luarbiasa, tak pernah lagi lihat mana-mana ahli politik buat macam ni. Ketika masing-masing tak kira dari parti mana sibuk berebut kuasa, Ebit Lew pula sibuk bantu rakyat..”

Itu antara komen segelintir warganet yang meluahkan rasa terharu dengan kesungguhan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat di Sabah.

Keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew memang tidak boleh disangkal lagi.

Menyedari ramai penduduk Sabah kini terkesan dengan pandemik Covid-19, Ebit Lew mengambil inisiatif luar biasa dalam memberi bantuan.

Menerusi hantarannya di Facebook (Fb) hari ini, Ebit memaklumkan beliau menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airways untuk menghantar barangan perubatan ke negeri di bawah bayu itu.

” Doakan ya… risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah.

” Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal (perubatan) ke Sabah,” katanya.

Katanya, sumbangan disalurkan berbentuk barangan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai dan pelitup muka serta pelindung kasut untuk kegunaan barisan hadapan.

” Saya sumbangkan barang set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.

” Doakan ya… insya-Allah semoga Allah selamatkan Sabah, sayang orang Sabah sangat,” katanya.

Hantaran Ebit itu mendapat pujian warganet dengan kebanyakannya menzahirkan penghargaan terima kasih kerana bertindak pantas membantu mereka yang memerlukan ketika berdepan kesukaran pandemik ini.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa bangga dengan apa yang dilakukan oleh Ebit Lew yang disifatkan sangat luar biasa.

Malah seakan seperti dijangka, tindakan Ebit Lew tersebut telah membuatkan orang ramai terfikir seolah-olah di Malaysia ini hanya Ebit Lew seorang sahaja yang kaya.

Dan seperti dijangka, terdapat segelintir komen yang mempersenda ahli politik yang lebih ‘menyibukkan’ diri dengan perebutan kuasa daripada turun padang membantu rakyat.

” Nak tunggu Politician buat kerja sampai ke mampos la dok rebut jawatan and selamatkan perut2 bangs4t masing-masing”, kata Anep

” Ahli politik asing-masing sibuk penuhkan poket. Hilang ghaib. Nanti dekat-dekat pilihanraya muncul. Sibuk. Prihatin. Peluk. Bergambar. Tidur dalam reban ayam pun sanggup. Membela nasib rakyat kononnya. Rakyat siapa bantu. Rakyat juga yg bantu,” komen Izhar

” Semoga semua ahli politik insaf serta merta dan menangis keinsafan lepas tengok apa yang Ebit Lew buat ni..buat malu je tadi pemimpin” tulis Sam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*