‘Terima Kasih Kak Nana Atas Segalanya’ – Madu Nurulhidayah Meningg4l Dunia Punca Didedahkan

 

Jika anda mengikuti perkembangan anak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Nurulhidayah di Instagram, anda pasti mengetahui beliau mempunyai hubungan yang sangat baik dengan madunya. Malah mereka dilihat seperti adik beradik dan sering meluangkan masa bersama.

Terbaru, Nurulhidayah mengesahkan madunya, Datin Bahazanariah Baharudin telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi akib4t b4rah.

Arw4h beriya-iya minta saya menikahi suaminya

Memetik laporan Astro Awani, Nurulhidayah meluahkan rasa sedih dengan pemergian seseorang yang sudah dianggap seperti kakak. Kehilangan Datin Bahazanariah Baharudin atau lebih mesra dipanggil Kak Zana seolah-olah merentap seluruh kekuatannya.

Saya kehilangan seorang kakak, seorang wanita yang hebat. Saya amat menghargai kejujurannya menerima saya sebagai madu dalam kehidupannya. Kejujurannya, pengorb4nannya dan kasih sayangnya tiada tolak bandingnya. Saya akan merindui Kak Zana.

Arw4h yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengid4p k4nser p4yu dara.

Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu gambarkan kehebatan arw4h. Pengorbanannya akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Kak Nana atas segala-galanya. Saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang kakak sehingga ke lahad.

Menurut Nurulhidayah lagi, arwah telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Damansara. Arw4h telah bert4rung melawan bar4h tahap empat sejak Ogos lalu.

Sumber: Astro Awani , Nurulhidayah Ahmad Zahid  via OHbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*