Ibu, Bapa & Adik Alif Positif C0vid 19, Pengurus Negatif – Luahan Sebak Alif Satar

 

Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar mengesahkan dirinya negatif C0vid-19 selepas membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu lalu.

Namun dukacita dimaklumkan, ibu bapa serta adik bongsu Alif baru sahaja disahkan positif C0vid-19 hari ini.

“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif C0vid-19 oleh pihak hospital.

“Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuar4ntin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12.

“Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dir4wat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Adlina dihubungi Astro Gempak selepas beliau berkongsi mengenai keputusan C0vid-19 di media sosial.

Dimaklumkan, ibu bapa Alif, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim membuat saringan ujian tersebut pada Sabtu.

Alif kini dir4wat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan positif C0vid-19 pada Ahad.

Menurut pengurusnya lagi, isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga bakal menjalani ujian saringan C0vid-19 hari ini.

“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa symptom atau sakit.

“Cuma Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari j4ngkitan virvs tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat,” katanya.

Alif yang menjalani penggambaran drama Penj4ra Cinta sejak minggu lalu baru membuat persembahan di sebuah acara pada Jumaat.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*