Baru-baru ini Raja Thailand dilihat menaiki keretapi di Bangkok. Gambar tersebut yang tular di Twitter dan beberapa platform sosial media menunjukkan pasangan diraja itu menaiki sebuak keretapi yang mana ‘cabin’ nya diletakkan permaidani merah, disediakan alas duduk emas dan mereka dikelilingi oleh pegawai-pegawai diraja yang sedang merangkak sebagai melengkapkan istiadat berhadapan dengan Raja Thailand.
Setelah sampai ke destinasi, pasangan diraja itu disambut oleh golongan penyokong diraja yang memakai baju berwarna kuning. Hal ini berlaku di tengah-tengah krisis sosial yang melanda seluruh Thailand. Sebahagian rakyat Thailand sedang melaksanakan tunjuk perasaan terhadap kerabat diraja atas beberapa sebab.
Thailand, terutama kali di Bangkok, kini sedang mengalami bantahan besar-besaran pro-demokrasi di mana penunjuk perasaan sering kali bertembung bersama dengan pihak polis. Penampilan Raja Maha Vajiralongkorn ini dikatakan satu tindakan publisiti untuk memperlihatkan Raja itu mendekatkan diri bersama rakyat jelata.
Sumber: Twitter
Namun, tindakan PR nya itu tidak dapat menenangkan perasaan pembantah warga muda yang memperlekehkan institusi kerajaan Thailand. Ramai netizen di lelaman Facebook dan Twitter juga meluahkan perasaan mereka terhadap tindakan PR ini.
Sumber: Mothership Facebook
Luahan Wartawan: There’s a time and place for everything and to me, this PR stunt of the royal family is done in a very bad taste. Personally, I tak faham how this stunt is meant to dekatkan the king to rakyat marhaen. He took the train…so what? The train is empty. No one else other than the people involved are allowed. How is that supposed to show him getting closer to his citizens?
But then again, saya ni rakyat marhaen je. What do I know of what royalty thinks? *shrug*
sumber:: https://planb.sg/
Paling kaya di dunia. Ini jumlah harta Raja Vajiralongkorn
Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan sebagai raja paling kaya di dunia mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei dan keluarga diraja Britain.
Bukan sahaja mempunyai kekayaan luar biasa, bahkan Vajiralongkorn juga sangat masyhur dengan gaya hidupnya yang sentiasa mencetus kegelisahan rakyat.
Vajiralongkorn berkahwin sebanyak empat kali dan dalam masa sama mempunyai seorang gundik serta didakwa gemar menghabiskan masa di Jerman berbanding berada di tanah air.
Menurut penganalisis, kekayaan Vajiralongkorn dianggarkan bernilai AS$30 bilion (RM128 bilion) hingga AS$60 bilion (RM257 bilion) merangkumi pemilikan hartanah dan pelaburan di syarikat utama dunia.
Sementara itu, pelaburan terbesar Biro Hartanah Diraja (CPB) menerusi Siam Commercial Bank dan Siam Cement Group, baginda menguasai 34 peratus saham dengan kedua-duanya bernilai AS$8 bilion (RM33 bilion) pada akhir tahun lalu.
Laporan turut menyebut, pada 2019, dividen daripada kedua-dua pelaburan itu sudah mampu memberikan pulangan sejumlah AS$342 juta (RM1.41 bilion) kepada Vajiralongkorn.
Sementara itu, pada 2017, kerajaan Thailand meluluskan satu undang-undang baharu yang memberi Vajiralongkorn penguasaan penuh terhadap aset diraja bagi membolehkan pemilikan harta yang sebelum ini diletakkan di bawah CPB dipindahkan kepada raja berkenaan.
Undang-undang itu dianggap langkah awal Vajiralongkorn untuk meluaskan kuasanya dan mewarisi peninggalan harta susulan kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 2016.
Ekoran kekayaan baginda menyebabkan rakyat Thailand mempersoalkan sumber kekayaan raja berusia 68 tahun itu.
Kem4rahan itu juga menyebabkan rakyat mengadakan demostrasi menuntut penjelasan bagaimana pewaris monarki itu mengumpul kekayaan sebanyak itu.
Selain itu, rakyat juga mahukan berlaku perubahan dalam sistem monarki di Thailand termasuk berhubung pembiayaan kehidupan mewah yang disifatkan luar biasa
Sedikit Info Mengenai Raja Thailand
Raja Vajiralongkorn, 66, juga dikenali dengan gelaran Raja Rama X, kemudian menerima daripada ketua Brahmin berupa pakaian kebesaran diraja termasuk selipar diraja, kipas diraja, pedang diraja dan cogan alam diraja.
Ketika menyampaikan titah ucapan pertama baginda, Raja Vajiralongkorn bertitah “Beta akan mempertahankan, memelihara dan akan memerintah dengan penuh kebenaran demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat buat selama-lamanya”.
Baginda juga berkenan mengumumkan gelaran diraja sepenuhnya kepada Permaisuri Suthida. Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida mengikat tali perkahwinan tiga hari sebelum istiadat pertabalan.
Baginda dijangka menerima menghadap anggota kerabat diraja, Majlis Privy Council dan kabinet serta para pegawai kanan di Dewan Singgahsana Amarindra Vinicchaya.
Raja Vajiralongkorn ialah yang kedua daripada empat cahaya mata mendiang Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit, dan satu-satunya putera tunggal.
Baginda menjadi raja berperlembagaan selepas kemangkatan ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016. Mendiang Raja Bhumibol memerintah selama 70 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com
Leave a Reply