Puteri Sarah akhirnya ded4h kenapa mereka tidak lagi tinggal sebumbung

Pengarah filem Munafik, Syamsul Yusof, 36, mengakui dia kini memang sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya, pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof dihubungi, bagaimanapun memaklumkan dia tidak pernah cuba menyembunyikan perkara itu sebelum ini.

“Bila dah tanya macam ini, saya jawablah memang kami sudah tidak tinggal sebumbung lagi

Bagi saya, tak ada apa yang nak disorokkan pun.

“Saya pun sekarang beritahu apa yang saya rasa nak beritahu, asalkan pada saya ia tak ada masalah untuk dikongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sejauh mana permasalahan rumah tangga yang berlaku itu akan berakhir di mahkamah, Syamsul berkata dia dan isterinya, masih dalam proses memperbaiki hubungan mereka.

“Sekarang ini, saya dan Sarah masih lagi dalam proses cuba memperbaiki hubungan kami. Pada ketika ini, kami berdua perlukan masa.

“Lagipun, tak ada orang dalam dunia ini yang mahu bercerai. Termasuklah saya dan Sarah, tak mahu bercerai. Tapi, kami perlukan masa sebab kena fikirkan anak-anak juga.

“Siapa yang tak sayang keluarga. Saya sangat sayangkan keluarga saya, anak- anak dan sudah tentulah isteri saya. Ya, saya sayang mereka,” katanya.

Syamsul berkata selain terus berdoa kepada Allah SWT untuk keharmonian semula rumah tangganya, dia juga berharap peminat dan rakan-rakan mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Kisah kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, mula jadi perhatian selepas Sarah didakwa sudah ke pejabat agama pada 20 September lalu.

Hasil perkongsian hidup Syamsul dan Sarah yang berkahwin pada 8 Mac 2014, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Berikut pula reaksi dari netizan selepas perkembangan terbaru ini

‘Dia tetap syurga saya’ – Puteri Sarah

Kuala Lumpur: “Dia (Syamsul) tahu sebab apa saya keluar rumah dan dia juga tahu sebab apa saya ‘dingin’.”

Itu kata pelakon, Puteri Sarah, 35, sekali gus mengakui sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, tiada sebab untuk dia berbuat sedemikian sekiranya ‘masalah’ yang paling ditakuti dalam perhubungan rumah tangga tidak berlaku.

Namun, Puteri Sarah atau mesra disapa Sarah enggan berkongsi lanjut ‘masalah’ dimaksudkannya itu.

“Apabila keluar cerita sebegini, saya percaya ada pihak lain yang suka.

“Dalam perkara ini, saya tidak mahu dianggap punca terhadap apa yang berlaku sekarang. Tentu saja sebagai lelaki, suami dan ketua rumah tangga dia perlu bertanggungjawab di atas semuanya. Itu yang saya harapkan,” katanya.

Ditanya sejauh mana kebenaran perkongsian di Instagram Story baru-baru ini mengenai kisah cVrang dan orang ketiga dalam perkahwinan berlaku pada dirinya, Sarah juga enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini, tapi cukup untuk saya katakan ada ‘masalah’ yang wujud dalam rumah tangga kami,” katanya.

Ditanya lagi sama ada ‘masalah’ itu membabitkan orang ketiga, ini jawab Sarah.

“Soalan ini kena tanya pada dia,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, Sarah berkata walau apa pun yang terjadi sekarang dan selepas ini, dia masih menyayangi perkahwinan mereka yang sudah dibina sejak enam tahun lalu.

“Tiada siapa mahukan masalah dan perpisahan. Saya tetap berdiri di belakang dan menyayangi dirinya sebab dia adalah syurga saya,” katanya.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun lapan bulan.

“Cvrang perlu kerja keras, kena pad4m semua mesej… lock phone” – Puteri Sarah kongsi petikan kata-kata cinta yang tak setia

Sebelum ini Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik dua petikan kata berkaitan curang dan tidak setia.

“Cu-rang adalah pilihan, bukan k3salahan.

Puteri Sarah dan Syamsul bersama dua anak-anak mereka.

“Cu-rang ini perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk tipu.

“Terlalu susah untuk cu-rang. Lebih baik setia,” demikian petikan kata-kata seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di Instastory.

Terdahulu menerusi posting berlainan di ruangan yang sama, Puteri Sarah menyatakan dia berharap agar kehidupannya bersama anak-anaknya bertambah baik.

“Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak.

Gambar kenangan keluarga ini menyambut hari raya bersama pada Mei lalu.

“Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik… InsyaAllah,” tulisnya sambil berkongsi lokasi kedudukannya di Ipoh, Perak.

Dia juga turut memetik petikan kata-kata nukilan pakar motivasi Profesor Dr Muhaya Mohamad mengenai ego.

“Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana merasakan diri besar. Muhasabah diri selalu. Cuba perhatikan apakah emosi kita apabila bangun dari tidur. Bersyukur atau merungut,” demikian petikan itu.

Dua paparan skrin daripada Instastory Puteri Sarah yang menyentuh mengenai isu curang.

Sebelum ini dunia hiburan kec0h apabila Puteri Sarah dilaporkan hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Menerusi laporan mStar pada 21 September lalu, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan anak dan menantunya itu.

Yusof memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Syamsul Mula Naik Ang-in Dgn Mereka Yang Tak Reti Hormat Orang

Sumber: Samson Sohorr

Sumber :  mediabawang.net

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*