“Andai Saya Pergi, Saya Nak Minta Maaf Pada Semua,”

 

susulan daripada kisah seorang pelakon, pelawak dan penulis lirik Tanah Air, Bob Luqman di mana merayu sumbangan orang ramai untuk rawatan kesihatannya hari ini dikunjungi oleh penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Kehadiran Ustaz Ebit Lew ke rumahnya sangat dialu-alukan. Seperti mana yang kita semua tahu, beliau sangat komited dalam membantu insan yang sedang dalam kesusahan sambil menyampaikan dakwahnya kepada orang ramai.

Menerusi laman Facebook Ebit Lew,  beliau berkunjung ke rumah Bob Luqman dan menyampaikan sedikkit bantuan bagi meringankan beban keluarga ini. Semoga Allah membalas jasa baik Ustaz.

Ustaz,tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah.

Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Pasir Mas Kelantan ziarah Bob Lokman. Saya balik petang ini. Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembed4han jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya.

Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman menangis jer tadi.

Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang bob lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat

Sumber: Ebit Lew via SK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*