Umum sedia maklum bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan seorang yang sangat berj1wa rakyat.
Baginda juga tidak l0kek berkongsi momen aktiviti sehariannya di media sosial terutamanya ketika menyantuni rakyat-rakyat negeri Pahang.
Dalam satu perkongsian baginda hari ini di Instagram, Tengku Hassanal telah memuat naik gambarnya duduk bersama penjual air kelapa sambil mempromosikan gerai tersebut.
Pemangku Raja yang berusia 25 tahun itu juga turut bersel0roh dengan menyatakan bahawa baginda sedang melakukan kerja sambilan di gerai air kelapa tersebut di Felda Bukit Goh.
Dalam pada itu, di IG story Tengku Hassanal juga turut memuat naik gambar baginda di hadapan gerai burger di Kuantan bersama pemilik gerai tersebut.
Perkongsian santai baginda di media sosial telah mendapat perhatian warganet dan masing-masing meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan itu.
Rata-rata mereka memuji tindakan ‘semp0i’ Tengku Hassanal yang sangat berj1wa rakyat apabila duduk di tepi jalan sambil mempromosikan gerai milik rakyat Pahang.
Sumber: Tengku Hassanal Shah,penmerah
Leave a Reply