Isu pembuangan bayi di tempat awam oleh individu yang tidak bertanggungjawab masih lagi terjadi dalam masyarakat kita.
Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang bayi pernah ditemukan oleh imam di sebuah surau di Petaling Jaya.
Keadaanya agak menyedihkan, bayi tersebut ditinggalkan dalam bungkusan plastik beserta sekeping nota daripada ibunya yang mendakwa ‘terpaksa’ berbuat demikian kerana tidak mampu menjaganya.
Walau bagaimanapun kes tersebut telah diadukan kepada pihak polis sebelum siasatan dijalankan.
Terbaru, tular satu satu video mengenai ‘mIsteri’ suara seakan-akan bayi menangis yang sayup-sayup kedengaran di dalam kawasan semak.
Menerusi laman Twitter, video tersebut dikongsikan oleh Alan Al Padat dan ditonton kira-kira lebih 5,000 kali setakat ini.
Apa yang menimbulkan persoalan adalah tentang benarkah yang didengari itu betul-betul suara bayi atau makhlvk lain? Ikuti video ini dan misteri akan terjawab.
“Binatang betul perangai, sanggup tinggal anak hidup-hidup dalam belukar macam tu. Haish.”
Binatang betul perangai, sanggup tinggal anak hidup-hidup dalam belukar macam tu. Haish. 😭 pic.twitter.com/a8h5vv5Z6K
— Alan Al Padat (@IniAlannn) December 2, 2020
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian video tersebut dan meninggalkan komen.
“Sampai hati betul tinggalkan baby dalam semak mcm tu. Sekali ditarik mcm tu je keluar kambing…. tak tahulah nak gelak ke nak sedih.”
“Aku dah berderau jantung la babiiiii. Ingatkan baby rupanya kambinggg”
“Adoi aku ingat bayi mana la nagis bunyi kambing rupanya betul2 anak kambing. Siap la kalau aku jumpa mak kau.”
Namun begitu, lokasi sebenar kejadian tidak didedahkan oleh pemilik video.
Warga netizen tetap mengucapkan terima kasih kepada dua lelaki tersebut atas usaha keras menyelamatkan nyawa bayi itu.
Sumber via YoyNetwork
Leave a Reply