Berlari Pensyarah Ini Nmpak Seorang Nenek Nak Lintas Jalan. Tetapi Apa Jadi Selepas Itu Paling Menyentuh Hati

 

Dua kisah dalam satu cerita. Itu yang boleh digambarkan tentang perkongsian Muhammad Irwan di Facebook beliau yang menyentuh perasaan warganet.

Irwan yang juga merupakan warden dan pensyarah di University of Kuala Lumpur (UniKl) menulis kisah bagaimana dia membantu seorang wanita lanjut usia yang ketika itu sedang mahu melintas jalan.

Rakan baik aktivis masyarakat terkenal, cikgu Mohd Fadli Salleh ini turut berkongsi apa yang terjadi selepas itu yang mendapat pujian ramai.

” Ianya berlaku tanpa sngaja dan tidak dirancang.

” Ketika sedang mengadap kes3sakan trafik di Jalan Pasar Pudu,aku ternampak seorang nenek dalam lingkungan umur 70 an sedang menapak perlahan-lahan melintas jalan.

” Aku terus melvru untuk memimpin tangan nenek supaya mudah beliau melintas jalan.

” Setelah selesai aku pun bertanya kepada beliau “nek nak kemana tu”

” Nak balik Bt 9 Cheras” katanya.
” Ni nak balik dengan apa ni”? Soal aku lagi
” Tak apa,nanti nenek naik bas,kejap lagi sampai la”

Dalam waktu sama, Irwan terfikir keadaan wanita warga emas itu yang mahu berjalan untuk melangkah lintas jalan pun pergerakan beliau agak terbatas, bagaimana dia nak naik bas nanti.

Oleh sebab itu, Irwan memanggil seorang uncle Cina pemandu teksi yang pada waktu itu kebetulan sedang menunggu penumpang.

” Uncle,u boleh hantar nenek ini ke?”
” Boleh – boleh” katanya
” Ok nenek,saya ambil teksi ni nanti dia akan akan hantar terus sampai depan rumah tau” aku terangkan kepada nenek

Menurut Irwan, nenek itu pada mulanya agak berkeras tak nak naik teksi tersebut tetapi selepas dua orang lagi pemandu teksi datang memujuk, beliau akhirnya mengalah.

” Uncle nanti hantar sampai depan rumah tau. Lepas tu nanti uncle call saya bagi no akaun then saya akan transfer ya” jelas Irwan kepada pemandu teksi.

” Ok ok boleh,no problem” katanya

” Sejam kemudian aku call uncle teksi dan beliau baru selesai menghantar nenek tersebut sampai rumah beliau.

” Alhamdulillah nenek selamat sampai.

Apa yang mencvri tumpuan, Irwan telah memindahkan sejumlah wang sebagai tambang kepada uncle teksi tersebut dan sngaja dia lebihkan sebagai hadiah kepadanya.

” Berkali-kali beliau ucapkan terima kasih.” kata Irwan.

Sebenarnya dalam negara Malaysia ni, yang buat on4r, yang ras1s tu hanya segelintir sahaja tetapi yang baik hati seperti uncle teksi ni masih ramai.

Nanti saya pergi Jalan Pasar Pudu lagi kita minum-minum ye Uncle.

Aku tulis kisah ini bukanlah untuk menunjuk kebaikan yang aku buat,tapi aku nak kongsikan bahawa kita tak perlu duit yang banyak dalam akaun bank pun untuk membuat kebaikan, kita perlu mulakan dengan apa yang terdekat dan apa yang kita nampak depan mata sahaja.

Marilah sama – sama kita mulakan.

Sumber:FB Muhammad Irwan

Sumber via DiariDuniaPress

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*