[VIDEO] Da’i Syed tak sabar jumpa ibu, akhirnya dilepaskan dengan… “Saya perlu sedikit ruang untuk pulihkan jiwa dan ment4l”

 

SELEPAS 19 hari menjalani tah4nan rem4n di lok4p termasuk di Pusat Tahanan Rem4n Sementara di Beranang, pendakwah muda Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail akhirnya dilepaskan dengan ikat jamin keseluruhan sebanyak RM35,000 masing-masing RM25,000 di Mahk4mah Petaling Jaya dan RM10,000 di mahkamah Shah Alam.

Setelah melalui satu tempoh sukar dan mencabar, Syed Shah Iqmal ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya memaklumkan perkara pertama yang ingin dibuat ialah bertemu ibu tercinta.

“Alhamdulillah saya sihat dan semuanya baik-baik sahaja… mula-mula sekali nak makan dengan emak, saya nak berehat di rumah, bertenang dengan keluarga dan lepaskan rindu dengan mereka.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat dan mereka yang mendoakan kebaikan untuk saya, kalau tak ada mereka saya pun tiada semangat.

“Cuma buat masa ini saya perlu sedikit ruang untuk pulihkan jiwa dan ment4l… saya akui sedih dan cuma mampu berdoa,” katanya kepada mStar pada Selasa.

Syed Iqmal bersama pengurusnya, Aizat (kiri) dan peguam Syed Amirul (kanan).

Syed Shah Iqmal ditemui selepas selesai proses jaminan kira-kira pukul 2.40 petang, Selasa.

Turut hadir peguam mewakili Syed Shah Iqmal iaitu Syed Amirul Syed Edros dan pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

Menyedari dikecam teruk netizen di media sosial, Syed Shah Iqmal berkata dia memaafkan semua pihak yang melemparkan pelbagai tohm4han dan kritikan terhadapnya.

“Sekarang ini saya hanya mampu berdoa supaya Allah permudahkan urusan saya. Sebaik-baik orang adalah yang meminta maaf dan orang yang terbaik adalah yang memaafkan.

“Sekali lagi saya mohon maaf dan saya maafkan orang yang hi1na dan kutvk saya!” ujarnya.

Sekali lagi saya mohon maaf dan saya maafkan orang yang h1ina dan kvtuk saya!

SYED IQMAL

PENDAKWAH SELEBRITI

Pada Khamis lalu, Syed sepatutnya dilepaskan dengan ikat jamin bagaimanapun pihaknya gagal membayar jumlah yang ditetapkan sebelum kaunter bayaran di mahkamah ditutup pada pukul 5 petang.

Sehubungan itu Syed terpaksa dihantar ke Pusat Tahanan Reman Sementara Beranang, Selangor sementara menantikan proses ikat jamin selesai.

Dalam pertuduhan ke atasnya pada Khamis lalu, Da’i Syed mengaku tidak bersalah bagi tiga tuduhan jenyah seksual masing-masing di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya serta Mahkamah Sesyen, Shah Alam.

Bagi pertuduhan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Syed Shah Iqmal mohon dibicarakan berhubung dakwaan melakukan sks luar aturan tabii mengikut Seksyen 377B Kanun Kesksaan dan perbuatan cbul mengikut Sksyen 354 Kanun Kesksaan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM25,000 bagi kedua-dua dakwaan itu.

Syed Iqmal dithan remn selama 19 hari.

Sementara di Shah Alam pula, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan mergol seorang penganggur wanita berusia 23 tahun dalam kejadian pada 11 September tahun lalu.

Dia didakwa mengikut eksyen 376 (1) Kanun Kesksaan berdepan hkuman pnjara sehingga 20 tahun dan sebtan, jika sabit kesalahan.

Hakim Rofiah Mohamad mengarahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 berserta seorang penjamin dengan tiga syarat ditetapkan mahkamah.

Syarat itu ialah tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa, melapor dirikan di Balai Polis Kota Kemuning, Shah Alam pada setiap 1 haribulan bermula 1 Januari ini selain dilrang berhubung dengan mngsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan pada 19 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes masing-masing di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Manakala 25 Januari ditetapkan untuk pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen berkaitan kes kepada Mahkamah Sesyen Shah Alam.

 

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*