Didikan yang baik merupakan tanggungjawab utama bagi setiap ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Salah satu didikan yang boleh diberikan sejak kecil lagi adalah belajar membaca al-Quran.
Begitulah yang sentiasa dilakukan oleh pasangan peIakon terkenal, Rozita Che Wan dan Zain Saidin kepada anak mereka Aaisyah Dhia Rana.
Menerusi laman Instagram Aaisyah, terdapat sebuah video dimuat naik semalam memaparkan kanak-kanak berusia enam tahun itu sedang mengaji ayat suci al-Quran.
View this post on Instagram
“Ustazah Aaisyah .. insyaallah,” tulis kapsyen ringkas di posting tersebut.
Rakaman video berdurasi sembilan saat itu memaparkan Aaisyah sedang mengaji surah An-Nasr dengan bacaan kedengaran bagus serta lancar sekali.
Posting terbabit turut mendapat perhatidan pengikutnya yang memuji kepintaran Aaisyah selain mendoakan kanak-kanak itu menjadi anak solehah.
Alhamdulillah pandainya
Ustazah junior ni
Alhamdulillah, bagus betul cara Che Ta dan Zain Saidin mendidik anaknya. Semoga menjadi contoh dan ikutan terbaik buat ibu-bapa di luar sana.
Sumber: Instagram Aisyah Dhia Rana, OMM
Leave a Reply