Dia sorang yg terselamat. Mgsa ceritkan apa berlaku sebelum 3 sahabat meninggal dlm kereta

Sudah lebih tiga bulan kjdian 3 sahabat karib yang ditemui meninggI dnia di dalam kereta akibat terhidu gas karb0n mon0ksida yang menarik perhatian ramai.

Mangsa yang terselamat dalam kjdian yang berlaku pada 16 September lalu, Nor Aqilah Mohd. Safwan, 21, tidak me­nyangka keputusan untuk berehat sebentar di sebuah stesen minyak menjadi detik paling hitam dalam hidupnya apabila dia kehilangan pasangan kembar dan dua sahabat karib.

Dalam kjdian itu, pasa­ngan kembar Nor Aqilah iaitu Nor ­Adilah dan dua sahabatnya, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, serta Ayunie Shaz­wanie Shabri, 21, meninggI dnia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV).

Pintu dan tingkap bertutup rapat

Menurut Nor Aqilah, ketika kjdian mereka telah bersetuju untuk berhenti berehat di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh.

” Ketika itu, kami dalam perjalanan pulang ke Kedah kerana agak keletihan selepas seharian berpanas di Pulau Jerejak.

” Sebaik sampai di stesen minyak itu, Nor Adilah yang memandu kereta dan Sharifah Fariesha keluar untuk membeli makanan ringan, manakala saya berbual dengan Ayuni Shazwanie di tempat duduk belakang,” kata­nya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, ketika itu enjin dan sistem pendingin hawa kenderaan masih dihidupkan, manakala pintu dan tingkap bertutup rapat.

Katanya, selepas kembarnya dan Ayuni masuk semula ke dalam kereta, mereka berempat terus berbual dan bersetuju untuk meneruskan perjalanan.

Tiada siapa yang tidur ketika itu

” Tiada seorang pun antara kami yang tidur ketika itu, tetapi lebih kurang lima minit kemudian, saya tidak lagi dengar suara sesiapa sebelum saya rasa pe­ning dan tidak sedarkan diri.

” Saya hanya sedar semula selepas 10 hari menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuan­ku Mizan, Kuala Lumpur dan mengetahui kjdian yang me­nimpa kami selepas dimaklumkan oleh ibu,” ujarnya yang masih trauma dengan kjdian itu.

Menurut Nor Aqilah, dia kini meneruskan perniagaan pakaian terpakai yang diusahakan bersama Nor Adilah sebelum ini sementara menunggu untuk me­nyambung pengajian di peringkat ijazah.

Sementara itu, ibu pasangan kembar itu, Normawati Mat Isa, 47, berkata, Nor Aqilah sememangnya mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan kehidupan selepas kjdian itu.

” Dia tidak pernah murung sebaliknya berfikiran positif serta berazam untuk terus menjadi anak yang berjaya. Kami seke­luarga bersyukur dan akan terus memberi kekuatan kepadanya,” jelas Normawati.

Sudah boleh terima hakikat

Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, mangsa tunggal yang terselamat dalam kejadian keracunan karbon monoksida di stesen minyak di Sama Gagah, dekat sini pada bulan lalu, sudah boleh menerima hakikat kematian kembar dan dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata perkembangan itu hasil temu bual polis dengan gadis berkenaan sebaik dia dibenarkan keluar dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Kuala Lumpur, minggu lalu.

Dalam temu bual itu juga, katanya, Nor Aqilah memaklumkan apa yang diingatinya sebelum kejadian 16 September lalu itu adalah dia bersama tiga yang lain singgah di stesen minyak berkenaan untuk membeli makanan sebelum berehat dalam kenderaan kerana keletihan.

“Melalui apa yang diceritakan, ketika berhenti di stesen minyak itu, mereka dalam keadaan letih dan lapar lalu keluar membeli makanan sebelum semua tertidur dalam kenderaan yang enjinnya masih hidup dan cermin tingkap tertutup rapat.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pemeriksaan oleh seorang juruteknik kenderaan mendapati ada kebocoran pada ekzos MPV tersebut.

Semoga ketiga-tiga mangsa yang meninggI dnia ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah (dibaca)..

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*