Fida Ibrahim nafi pinang sendiri bakal suami sebab terdesak nak kahwin

Hasrat pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida, 35, untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan, bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Fida dihubungi berkata dia dan bakal suami, yang juga seorang ahli perniagaan bakal bernikah sebelum Ramadan tahun ini.

Fida berkata mereka adalah kenalan lama dan sudah saling mengenali lebih 10 tahun lalu. Ujarnya, calon suami seorang lelaki yang baik, sangat memahami dan banyak membantunya.

“Ditambah, Allahyarham ibu saya pun sangat sukakan dia dan menyayanginya. Malah arwah ibu sudah memberi restu kepada kami sebelum menin-ggal dunia pada Mei 2017. Bagaimanapun, Insya-Allah rezeki jodoh kami mungkin tahun ini,” katanya lagi.

Enggan mengulas lanjut mrengenai bakal imamnya itu, Fida berkata dia akan berkongsi raut wajah bakal suami apabila tiba masanya.

“Saya tak boleh nak kongsi lebih-lebih mengenai perkara ini, kerana semuanya dalam perancangan lagi. Saya mohon, doakan yang baik-baik supaya urusan jodoh kami berjalan lancar,” katanya.

Yang menariknya, Fida berkata sebenarnya dia yang memberanikan diri melayangkan pertanyaan lamaran kepada lelaki itu.

“Saya beranikan diri bertanya kepadanya bukan disebabkan terdesak nak kahwin kerana sudah makin berusia, tapi saya ikhlas sukakan dia dan mana tahu kami mempunyai perasaan yang sama.

“Alhamdulillah, saya tidak bertepuk sebelah tangan. Malah, dia juga yang masih bujang menerima saya dengan ikhlas hati. Kini, saya berharap urusan pernikahan yang kami rancang menjadi kenyataan,” katanya.

Fida yang pernah dikenali dengan drama Cinta Tikar Sejadah dan filem Adik Manja Returns, adalah pengasas perniagaan R Secrets Sdn Bhd. Malah, dia juga pernah popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012.

Fida juga pernah dig0sipkan bercinta dengan Mamat  dari kumpulan lawak Sepah.

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*