Baru Je Semalam Syarikat Bateriku.com Gntung Pekerja. Sekali Hari Ini Dapat Pesanan ‘Prank’ Foodpanda

Susulan tular pekerja kontrak syarikat Bateriku.com., syarikat itu menerima ‘prank’ pesanan makanan yang dihantar ke alamatnya.

Dalam satu kenyataan, Bateriku.com berkata, penghantaran makanan itu dilakukan secara sengaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyusahkan 15 penghantar makanan Foodpanda kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

” Kesemua penghantar makanan menyatakan bahawa mereka menerima pesanan ‘prank’ yang beralamat di pejabat kami dimana mereka menunjukan bukti pesanan makanan di aplikasi mereka.

” Kesemua jenis pambayaran untuk pesanan makananan yang ditempah adalah secara tunai berjumlah hampir RM500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, pihak Bateriku.com telah memaklumkan kepada Foodpanda untuk menghentikan sebarang penghantaran makanan kepada alamat syarikat tersebut.

Bagaimanapun, niat pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak tercapai apabila Foodpanda tidak mengenakan sebarang caj pembayaran.

” Apa lagi rezeki jangan ditolak, kebetulan waktu makan tengah hari.

” Kesudahannya, makanan yang dipesan oleh ‘prankster’ tadi, sama-sama dikendurikan oleh ‘rider’ Foodpanda dan Hero Bateriku,” tambahnya.

Kosmo! semalam melaporkan, tindakan seorang lelaki yang menuduh penghantar makanan mencuri air yang dipesannya melalui aplikasi GrabFood akhirnya membawa padah apabila dia digantung kerja serta-merta oleh majikannya yang juga syarikat Bateriku.com.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, majikan kepada lelaki yang dikenali sebagai sebagai Ezrin Nazan, Bateriku.com memaklumkan, tndakan gntung kerja itu dilakukan sementara sia.satan menyeluruh sedang dilakukan.

” Pihak Bateriku.com memohon maaf dengan tingkah laku kakitangan kontrak, Ezrin Nazan yang telah terla.njur kata dan bahasa dalam mengeluarkan komen yang tidak sopan berkenaan penghantar makanan Grab di laman sosial tempoh hari.

” Di Bateriku.com, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan sama ada di dalam atau di luar organisasi Bateriku.com,” katanya di laman Twitter semalam.

Rata-rata netizen netizen bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh Bateriku.com dan menyifatkan tndakan itu tepat dalam memastikan nama baik syarikat itu tidak tercalar.

Terdahulu, seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai Exmnexmnmn merasa sangat kecewa apabila air minuman yang dipesannya di Starbucks tidak mencukupi ketika dihantar oleh rider.

Pada masa sama, dia menu.duh ‘rider’ tersebut telah mencu.ri salah satu minuman miliknya.

Dia mendkwa memesan tiga cawan minuman terbabit, namun yang tiba hanya dua cawan.

Susulan itu, akaun rasmi Grab Malaysia terus memberi respon di perkongsian tersebut dan menjawab setiap bungkusan yang ditempah akan terus di ‘seal’.

” Tugas ‘rider’ cuma datang ambil pesanan dan terus hantar ke pelanggan.

” Isu ‘rider’ ambil minuman untuk diri mereka sendiri tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak dibenarkan buka sebarang bungkusan pelanggan,” katanya.

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*