Lepas upload gambar seksi, ini yg berlaku di Ig Nonny buat Mila Jirin Bersyukur

Hati manusia sifatnya berbolak balik, begitu juga iman yang sentiasa ada naik turunnya. Tak dinafikan lagi, semua orang pasti pernah mengalami saat itu, bukan?

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Begitulah seperti yang dialami salah seorang bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-5 ini.

Setelah sekian lama menyepi dari dunia hiburan, timbul pula kontroversi berkenaan gambar seksi dikongsi oleh penyanyi Nonny Nadirah yang serta-merta menjadi bualan hangat netizen apabila ada yang mendakwa dirinya sudah membuka tudung.

Berikutan dakwaan tersebut, rakan-rakan industrinya prihatin dan memberi pesanan buat pelantun lagu ‘Runtuh’ itu agar sentiasa kuat menempuhi segala ujian dan dugaan dari Tuhan.

Susulan daripada segala perhatian diberikan oleh rakan-rakan artis, baru-baru ini Nonny dipercayai telah memadam gambarnya itu di laman sosial Instagram.

ADVERTISEMENT

Lebih-lebih lagi setelah sahabat baiknya, Mila Jirin turut serta mengambil berat terhadap dirinya, menasihati dan mendoakan penyanyi berusia 32 tahun terbabit.

Bukan itu sahaja, Nonny turut dilihat memadam ‘profile picture’ di Instagram. Jadi, tindakannya itu telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, rakan artis seperti Heliza Helmi dan Mila Jirin tampil meluahkan rasa syukur dan memberi sokongan terhadap perkembangan tersebut. Dalam pada itu, mereka berharap Nonny terus kuat bermujahadah melawan godaan nafsu dan syaitan.

“Syukur Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. @nonnynadirah jom mujahadah lawan jangan tak lawan!” tulis Mila menerusi gambar di Insta Story.
Terdahulu Nonny memuat naik sekeping foto yang memaparkan imej seorang perempuan yang berpakaian seksi di laman Instagram miliknya. Namun, masih tiada lagi sebarang respon yang diberikan oleh empunya diri.

Justeru itu, Mila memuat naik satu perkongsian di Instagram megakui terkejut sambil memberi pesanan dan doa kepada sahabatnya itu. Selain Mila, bekas tunang Nonny, Niezam Zaidi tidak ketinggalan memberi nasihat dan menitipkan doa buat dirinya.

Niezam Zaidi yakin Instagram Nonny digodam

Kuala Lumpur: Pelakon Niezam Zaidi, 29, yakin Instagram milik Nonny Nadirah, 32, yang memaparkan gambar bekas kekasihnya itu tidak lagi bertudung selain berpakaian agak se3ksi itu dig0dam.

Niezam ketika dihubungi berkata, dia yakin kerana Nonny tidak seperti apa yang digambarkan dalam Instagram itu.

“Saya tahu mengenai perkara ini selepas melihat di Instagram. Dia bukan seperti itu, Insya-Allah. Saya yakin Instagram Nonny digodam,” katanya kepada Harian Metro.

Niezam berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Nonny ialah pada 16 Januari lalu.

“Hari ini saya cuba menghubunginya tapi tak dapat. Cuma pada 16 Januari lalu kami ada berhubung menerusi WhatsApp. Selepas itu kami terus ‘lost contact’. Ketika itu dia okay lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Niezam mengakui rindu dengan bekas kekasihnya itu.

“Sebagai kawan yang pernah rapat dan hadir dalam hidupnya, ada sesuatu yang saya nak cakap iaitu rindu,” katanya.

Terdahulu, Nonny mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama Niezam terpaksa dibatalkan.

Nonny memaklumkan perkara itu menerusi Instagram pada 25 Oktober tahun lalu, namun tidak mendedahkan mengenai punca pembatalan itu.

Harian Metro hari ini melaporkan Nonny didakwa mengubah penampilannya kepada tidak bertudung menerusi hantaran di Instagram.

Malah, rakan baiknya, penyanyi Mila Jirin berkata, Nonny mengakui dia individu yang dipaparkan di Instagram itu.

Sementara itu, usaha Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan Nonny berhubung perkara itu tidak berjaya apabila mesej dan panggilan telefon tidak berjawab.

Rakan baik Nonny, Mila Jirin menerusi satu perkongsian di Instagram mengakui terkejut sambil menitipkan beberapa pesanan kepada Nonny.

Sumber: Instagram Nonny Nadirah, Mija Jirin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*