Artis Baru Buat Perangai Membuatkan Ifa Raziah Na!k Ang!n

Selepas beberapa pelakon senior menyuarakan rasa kurang senang dengan sikap dan disiplin pelakon baru di set penggambaran baru-baru ini, kini Ifa Raziah pula meluah perasaan ger4m.

Menurut Ifa, kejadian seperti itu bukanlah perkara baru dan dia sendiri pernah mengalaminya suatu ketika dahulu.

“Perkara begini sudah lama berlaku sejak dulu lagi, cuma bezanya, zaman kami artis lama dahulu tiada media sosial seperti sekarang.

“Apabila saya berlakon dengan artis-artis baru, kebanyakannya tak nak bertegur dan tak mahu bersalam.

“Bagi saya, mereka yang bersikap begini wajar menerima teguran, diajar serta dinasihatkan, bukan kita nak bi4dap cuma artis-artis senior mahu meneruskan cara kita menghorm4ti orang lain,” katanya kepada Gempak.

Ifa berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran sebuah program TV petang semalam.

Dalam pada itu, Ifa turut berkongsi beberapa pesanan buat pendatang baru dalam industri hiburan.

“Kau jangan ingat masa kau saja berharga macam orang lain tak ada masa? Hello! Orang lain pun cari duit juga macam kau! Orang lain pun ada masa lain juga bukan kau sorang saja!

“Yang penting jangan pentingkan diri sendiri, kita mesti sedar dengan peluang yang diberikan dan sedar ruang,” jelasnya.

Bagaimanapun, Ifa menegaskan kenyataannya itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak secara spesifik namun, isu tersebut tidak boleh dipandang ringan.

“Saya tak bercakap untuk mana-mana pihak, tetapi kebanyakan pelakon senior menegur dan bercakap tentang masalah disiplin atau tingkah laku pelakon baru sejak kebelakangan ini adalah perkara yang benar.

“Kalau dah bergelar artis, tak kiralah dalam bidang apa sekalipun, kita harus hormat orang, barulah orang akan hormat kita, bukan susah nak hormat orang, senyum dan tunduk pun sudah mencukupi,” tuturnya menutup bicara.

Baru-baru ini, pelakon Rusdi Ramli dan Datuk Fizz Fairuz juga berkongsi keluhan mereka terhadap isu sama dalam sebuah portal hiburan tempatan.

Sheila Mambo lepas ger4m dengan sikap pelakon baharu tunjuk ‘diva’ – “Naik fed up kena banyak kali take!”

PENDEDAHAN pelakon senior Rusdi Ramli mengenai sikap segelintir pendatang baharu yang lebih gemar buat hal sendiri semasa di set penggambaran turut menarik perhatian rakan selebriti lain antaranya Sheila Mambo.

Bersetuju dengan pandangan Rusdi itu, Sheila atau nama sebenar Rusilawati Hasan, 58, berkata pelakon baharu haruslah memandang serius mengenai kerjaya lakonan selain memiliki semangat kerja berpasukan.

“Setuju! (tak semua). Semua yang datang disediakan pembantu, tawaran kerja pengurus yang dapatkan. Kerja jadi lambat sebab tunggu dia orang hafal skrip dan faham kehendak cerita atau watak. Apabila tak ada scene sibuk dengan telefon update Instagram dan media sosial.

“Bukan nak duduk tengok macam mana kerja otai-otai atau cara pengarah kerja tapi demand (bayaran)? Hebat! Sebab tahu stesen nak dia orang! Tolonglah hormati set lakonan dan team kerja, bukan sekadar datang bawa makanan tajaan, cukup syarat terlibat dalam penggambaran.

“Baju dah disiapkan sebab dia orang jadi leading. Yang artis lama pandai-pandailah korang (anda) nak hidup… kadang-kadang ada sponsor baju dan kadang-kadang diabaikan,” katanya.

Perkongsian Sheila Mambo di Instagram mengenai pandangan yang diluahkan oleh Rusdi Ramli di portal mStar sebelum ini.

Sheila Mambo berkongsi pengalaman dan pandangannya itu menerusi Instagram dengan memuat naik semula klip video laporan mStar membabitkan pelakon Rusdi.

Pada Rabu lalu, Rusdi berkata suasana pelakon di set penggambaran kini sudah berbeza jika dibandingkan kira-kira 10 tahun lalu.

Pelakon lama pun kadang-kadang naik fade up kena banyak kali take. Hilang mood kerja!

Ini kerana menurut Rusdi ada segelintir pelakon baharu yang lebih gemar menghabiskan masa dengan telefon bimbit menjadikan hubungan antara mereka kurang mesra.

Rusdi bagaimanapun akur dengan perubahan corak bekerja sekarang berbanding dengan zaman kegemilangannya dahulu.

Sheila Mambo kerap bergandingan dengan pelakon lama dan baharu dalam drama.

Sementara itu, pelakon drama Sang Pewaris ini menasihati pendatang baharu supaya mengikuti kelas lakonan dan menghormati kerjaya sebagai anak seni.

“Pesanan saya buat la homework. Pendatang baharu kena faham kehendak skrip dan jalan cerita, jangan asyik baca line kau je… dalam set pengarah tak ada masa nak mengajar, pelakon lama pun kadang-kadang naik fade up kena banyak kali take. Hilang mood kerja!

“Saranan saya eloklah mereka pergi buat sekurang-kurangnya kelas lakonan asas yang diiktiraf oleh Finas dan Seniman. Secara tak langsung dapat membantu pihak tenaga pengajar menjana pendapatan.

“Tunjuk kelayakan, sijil yang diiktiraf… nak masuk kerja bidang lain pun kena ada kelayakan. Seni ni halus, kena hormati apa jua kerja. Bukan kerana famous with follower, kalau nak jadi actors be a good one!” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*