Baru sahaja bergelar Isteri, Elisya kini bersuara mengenai jodoh nya.

Setelah hampir seminggu bergelar isteri yang sah kepada Uzair Haqimy, pelakon Elisya Sandha teruja memegang status sebagai isteri. Beliau juga berkata, perkahwinan adalah amanah daripada Allah SWT untuk menjadikan dia memiliki rasa tanggungjawab.

“Bergelar seorang isteri adalah pengalaman yang sungguh menakjubkan. Saya tak sabar untuk melalui hari-hari baharu dalam hidup saya,” katanya ketika menjawab pertanyaan peminat pada ruangan soal jawab menerusi Instagram Stories.

Dalam masa sama, Elisya juga turut ditebak soalan adakah dia melakukan solat istikarah sebagai petunjuk sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

“Sudah tentu. Tiada jaminan dalam kehidupan rumah tangga. Yang penting percaya pada takdir dan tawakal,” katanya.

Ditanya mengenai keputusannya untuk berkahwin pada usia muda sedangkan karier lakonannya baru meningkat naik, Elisya berkata, dia percaya dengan rezeki Tuhan.

Elisya bersuara, menyatakan pendapat nya mengenai jodoh nya:

“Memang industri hiburan di Malaysia ada pemikiran sebegini ke? Saya bukan Tuhan yang boleh pilih jodoh datang waktu bila. Saya terima jodoh saya sampai awal.

“Saya juga meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada Allah dan percaya dengan rezeki yang Allah berikan,” katanya.

Elisya selamat bergelar isteri kepada Uzair yang juga anak sulung kepada penerbit terkenal, Shiela Rusly dan Jinggo dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di sini, Sabtu lalu.

Terdahulu, kakak kepada Elisya iaitu Fasha Sandha, berharap pasangan itu akan sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Kata kata daripada Fasha Sandha:

“Saya berulang kali berpesan kepada Elisya dari mereka bertunang sehingga sekarang. Pesanan saya agar mereka sentiasa menerima kekurangan satu sama lain.

“Paling penting, terima kekurangan dahulu sebelum kelebihan masing-masing. Sebab setiap pasangan kena saling melengkapi. Tiada manusia yang sempurna tetapi yang penting, masing-masing dapat memberi kebahagian antara satu sama lain,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Elisya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*