“Tak boleh rakam, KJ dh letak jawatan” Sejam diumum Menteri Kesihatan, KJ respons isu video suntikan

PUTRAJAYA – Sejam diumum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar respons berhubung isu video suntikan melibatkan kementeriannya.

Khairy terus membuat ciapan di Twitter rasminya dengan memuat naik video seorang lelaki yang sedang menerima vaksin dengan ciapan “Assalamualaikum”.

Lelaki itu mendakwa dia dihalang membuat rakaman video ketika menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengguna akaun Twitter, @winraffm pada Rabu memuat naik video berdurasi lapan saat yang menunjukkan tangan seorang pegawai bertugas menghalang rakaman berkenaan.

“Punyalah happening (ceria) jururawat layan siap bagi rakam. Datang seorang pegawai ini tutup kamera alasan KJ (Khairy Jamaluddin) sudah letak jawatan. Biadab. Nasib rakam memang untuk bagi keluarga saja,” ujarnya.

Dakwanya, jururawat yang melakukan suntikan terhadapnya membenarkan dia membuat rakaman video namun seorang pegawai bertindak menutup rakaman tersebut dengan alasan Khairy Jamaluddin telah meletak jawatan.

“Tak boleh rakam, KJ dah letak jawatan, KKM punya prosuder tak boleh merakam” tutur pegawai tersebut

 

Bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu sebelum ini membenarkan orang ramai untuk merakam video atau gambar ketika menerima suntikan vaksinasi di mana-mana PPV.

Keputusan tersebut diambil bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh bahawa mereka sudah mendapat suntikan vaksin yang sempurna.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pemilihannya menyertai anggota Kabinet baharu sebagai Menteri Kesihatan.

“Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberi. Insya-Allah amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia,” tulisnya

KJ, Dr Adham Baba bertukar portfolio

Sering dilihat bergandingan pada sidang media Badan Bertindak Imunis4si C0VID-19 (CITF) setiap minggu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Dr Adham Baba yang bekerjasama erat dalam Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK), kini bertukar portfolio di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Khairy Jamaluddin yang sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini diberi tugas sebagai Menteri Kesihatan.

Sementara Datuk Seri Dr Adham pula mengambil alih tanggungjawab Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Mereka adalah antara 31 barisan Menteri termasuk beberapa muka baharu, antaranya Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Semua barisan Menteri yang baharu dilantik ini akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Shah Billah pada Isnin ini di Istana Negara.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*