Aku Dan Suami Dah 10 Tahun Kahwin, Cuma Paling Terkejvt Pagi Tu Tiba2 Laki Aku Nyatakan Yang Aku Ni Ashik Dengan Hp Jek

Hai salam kepada semua pembaca. aku baru diceraikan .. alhamdulillah aku dilepaskan dengan cara baik. kisah bermula sehari sebelum raya baru2 ni pagi sebelum raya orang lain sibuk nak melemang Merendang Buat ketupat laki aku pulak pagi tu dok ketar kepala tegedk2 nak mintak kawin sorang lagi. sebagai seorang isteri.

sapa tak marah. Sapa tak kecewa. sapa tak sedih tiba2 tak ade angin tak ada ribut nak kawen.. Nak kawen dengan sapa.? bila kamu jumpa? kenal kat mana? langsung aku tak tau. bijaknya lelaki kan? 10 tahun percaya tiba2 hilang sekelip mata.. tak ada angin tak ada ribut. alasannya mudah. aku gila gadged.. aku tak layan dia.. aku tak jaga makan pakai.

tapi bila dipikirkan balik. Selama ini dia makan apa? Dia pakai baju apa? dia tidur atas apa? sapa yang buat semua tu? hantuuu kak limah ke? Dulu tak laki aku saiz x tapi sekarang ni dah jadi saiz XL. Ehh Sapa yang jaga? Hantu kak limah jugak ke ?

Aku kenal dia dari kosong sampai la sekarang. aku malas lah nak cakap dia pangkat apa.. dari susah sampai dah mula hidup senang. Dia tinggal aku macam tu je. sekelip mata Allah tarik semua dari aku.. aku mintak dia buat pilihan aku atau Dia. dia tak boleh nak buat keputusan.. dia tetap nak juga dengan yang sana. aku ambik jalan selamat aku tarik diri.. baru je sebulan benda ni jadi dan dengan mudah dan dengan sekali lafaz aku dilepaskan dengan talak 1… macam tu saja. Tak ada alasan kukuh lain.

Terbaru ni pula.. mak sedara bekas laki aku contac aku cakap bekas laki aku cakap pada sedara mara bila dia tak dak kat kem aku melayan jantan.. ya rabbi.. fitnah apakah itu? sepanjang sebulan aku kat kem dan kawan2 baik bkas laki aku banyak sangat tolong. Kawan baik dia.. bukan kawan baik aku.. dia kat mana masa tu. Dia abai aku seolah2 dah tak de ikatan.. mungkin orang lain boleh faham dan orang tau apa yang jadi bukan salah aku. tapi aku tak salahkan pon bekas laki aku tu.. mungkin pada mata dia..aku tak pandai jaga dia.

tapi pada aku. aku dah buat sehabis boleh.. lillahiitaaala aku buat semua benda Iklas untuk kamu. Walaupon kita dah tak dak apa2. aku tak simpan dendam. Yang jadi biar lahh. teruskan lah hidup macam biasa. Cuma agak susah untuk aku. sebab aku tak Punya apa2 mak abah pon dah lama pergi dulu.. pada yang merampas aku tak kisah awak nak kan suami aku.

Awak ada harta awak ada rupa awak ada segalanya.. perlu lagi ke nak kan suami orang. mula2 dulu aku pikir nak viral muka kamu tapi apa aku dapat. buang masa je. tau tak sebab apa aku tak nak jumpa kamu..

tak nak serang kamu.. walaupon kita dekat aku boleh sangat2 kalau nak buat… tapi jatuhlaa standart aku nak pegi jumpa orang macam kau.. bodh la aku kalu nak begaduh kerana seorang lelaki.. sebab tu aku ambil keputusan aku diam dan aku biar jee kamu dating depan2 mata aku..

aku tau dan aku nampak selalu. Berkali2 juga hancur bederai hati aku… rasa nak pengsan kat situ. Tapi aku kuatkan semangat.. aku tak duduk sorang2.. aku cari kawan2 aku. aku cari semangat aku balik. aku buat seolah2 tak dak apa yang jadi.. padahal dalam hati Allah saja yang tahu.. aku perempuan kamu pun perempuan sikit pon kamu tak jaga hati wanita lain.. kita Sama2 perempuan kak.. sepatutnya hormat perasaan orang lain.

Kalau nak pun sabar la. Tunggu selesai semuanya. ambik la. dating la ceruk mana kamu nak duduk. aku tak nak mendoakan yang buruk2 untuk kamu berdua. biar lah apa yang dah jadi jadikan pengajaran untuk diri aku sendiri. cuma pesanan untuk kamu. Mintak doa la pada tuhan…

supaya hidup kamu jangan merana macam aku bila satu hari benda yang sama jadi pada kamu atau anak2 kamu. baik kamu doa dari sekarang kak. Mintak kawan2 kamu tolong aminakan sekali. jaga2 kak sebab kifarah Allah ni selalunya cepat..

Pihak Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*