Isteri Sanggup Gadai Jual Barang Kemas Untuk Suami, Namun Akhirnya Ini Balasan Suami Buat Dia Terkedu

Gambar Hanya Sekadar Hiasan. Salam semua saya nak luah perasaan saya, sekarang keadaan saya kembali murung saya taktau bila akan baik, tersiksa batin saya bila saya diuji lagi dengan suami. Ujian sebegini buat saya tersiksa dan taku. terasa diri teraniaya sangat, saya korban kerjaya saya untuk berbakti pada suami ketika dia dalam kesempitan. jawatan dalam kerajaan saya lepaskan untuk penuhi permintaan dia, sayu jugak hati saya bila saya dah berhenti kerja saya tiada gaji bulanan.

Masa tu saya fikir anak tak ade orang nak jaga, nak upah pengasuh tak mampu, mak suami sakit Masa tu, biasa suami upah mak dia jaga cucu, dengan keadaan anak sulung yang sakit sawan, saya fikir berhenti lebih baik dan bekerja di rumah. Apabila Saya bekerja di rumah, kerja saya Makin bertambah dengan nak urus rumah anak2 dan jugak perniagaan Saya. Saya sering mengadu dekat suami penat la nak buat semua kerja takde bantuan abang. Mula2 saya cakap elok bila dah lama2 saya jadi memberontak Dan marah2 suami.

Saya sibuk kesana ke Mari usung anak 4 orang, suami sibuk dengan kerja dia. dia pulang malam nak rehat sedangkan saya tiada rehat lagi, hidup saya stress sangat. Suami pun stress jugak bila saya asyik marah dia. Kami kerap bergaduh, mungkin jiran2 pun dengar saya menjerit Dan menangis. Saya rasa hubungan kami makin renggang, kurang komunikasi dan jarang berkongsi masalah. Saya tak tahu nak baiki macam mana lagi sebab suami tak faham.

Kadang harini elok, esok jadi semula. Suami pun bosan dengan saya tapi dia tetap tak berubah untuk ringanakan beban saya ini, tak nak tolong saya buat kerja rumah. Saya rasa sangat sedih. pergaduhan kami ini sampai untuk berpisah. Saya sering ditinggal keseorangan hidup suami dengan hp sahaja. dia buat saya macam tak wujud, saya Cuba ambik hati dia, supaya tak bergaduh tapi perbuatan dia buat saya sakit hati.

Musim pkp lagi teruk kami bergaduh, bangun pagi balik malam, Suami seorang guru, saya sorang2 buat kerja berniaga sebab suami tak cukup duit nak tampung kami. Suami buat loan banyaj untuk business tapi tak berjaya. Sambil berniaga saya menangis perlukan suami, saya tak tau ape yang dia sibuk sampai tiada Masa untuk saya. Semasa Hari Raya pertama saya dapat tahu dia dah Ada org lain, kekasih dia dulu Masa sekolah. patut la selama ini dia menjauhi Saya dia dah Ada tempat untuk bermanja.

Selama ni saya bersusah payah sebab sayang. Rupanya bukan saya yang dia sayang. Dia friend fb perempuan tu, semua dia like kekasih dia janda anak 3 yang baru bercerai. Dia berkasih sayang dengan janda tu, dia tak pernah ucap kata sayang pada saya, dekat perempuan tu siap love semua. Lagi pedih semua gambar saya dah takde dlm fb dia. sampai hati dia buat Kat saya mcm ni, saya korban semua hidup saya Demi dia.

Dia takde duit Saya hulur duit walapun sikit. Tak ade makanan Kat dapur saya berkerja keras niaga, sebab saya tak nak dia lapar balik tiada makanan untuk saya masak. bagi saya dia adalah nyawa saya, dia yang jaga saya selama ini. Walaupun dia tak ade duit nak bagi saya, saya redha dengan kehidupan susah senang bersamanya. Saya menangis sampai sakit kepala dan lemah tak makan berhari2. Kenapa dengan perempuan itu yang dia sayang, dia sanggup nak buang Saya sebagai isteri dia.

Saya merayu pada dia jangan tinggal saya Dan anak2, kesian la Kat saya sebab kami tiada tempat nak tinggal dengan anak2. mak ayah di kg susah, tapi dia janji nak bagi duit Kat saya Dan anak2. jatuh terdudk saya mendengar penjelasan dia ingin Kan kekasih dia itu, saya rasa bodo saya kerana terlalu sayangkan dia saya berhenti kerja kerajaan. Dia dah tak SAYANG saya lagi. Tiada lagi cinta kami dahulu, anak2 lahir dari rasa cinta bukan paksaan, hidup rasa kosong tiada rasa ape2,

Sekarang terjawab persoalan saya, Kenapa dia tinggalkan saya keseorangan untuk lari jauh bercinta dengan org lain. perempuan tu penuh dengan pujian Sekali pun dia tak pernah puji saya macam tu. Hari jadi saya dia tak ucap Kat fb tapi perempuan itu dia ucap. Semuanya sebab dia tak sayang saya lagi. Hati dia masih dengan kekasih lama. banyak Kali diuji sebegitu rupa.Barang kemas semua saya jual untuk tolong dia sampai saya tiada segalanya tapi dia sanggup suruh mak dia pergi beli sarung cincin sebab nak kawin lain.

Sia dah lupa pada saya, lupa pada kesetian saya menunngu dia pulang. bila Saya lihat wajahnya saya menangis kesedihan, sayangnya pada dia tak berubah, Saya bukan takut berpisah nga dia sebab duit tapi sebab saya Tak boleh hidup tanpa dia walau sekejap. waktu tido, saya bangun malam2 saya tatap wajah dia, saya cium dia walaupun kami bergaduh. Saya maafkan abang, pimpin la saya ke Jalan Allah.

Saya berutung sebab keluarga suami memang marah betul dengan tindakan dia, mak suami selalu pujuk saya untuk bersabar Dan mintak pertolongan Allah. Untuk suami ku tersayang. Aku tak pernah berhenti mencintaimu, sampai ajal memisahkan kita, Aku bukan isteri impian hidupmu, aku memang jauh dari kata sempurna, andai kata aku kau tak perlukan lagi, aku akan pergi. Cari lah aku ketika kau susah atau sakit, aku rela menjagamu sayang.

SUMBER:KRT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*