Nynaa Harizal tutup buku cer4i, kembali taat kepada suami. Ini antara syarat buat mereka setuju

KEMELUT rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas hampir sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan untuk berbaik.

Pasangan tersebut hadir menaiki kenderaan yang sama ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi pada Rabu bagi sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan suaminya 12 November lalu.

Peguam yang mewakili Fahmi, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, hubungan rumah tangga itu berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam perhubungan mereka.

“Hari ini di hadapan hakim Muhammad Yusof Sulaiman kita berjaya merekodkan penyelesaian atau perintah persetujuan antara kedua belah pihak.

“Antara terma-termanya akan diberitahu melalui sidang media akan datang dan salah satu daripadanya adalah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berbaik semula.

Pasangan Nynaa Harizal dan suami Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas hadir bersama di Mahkmah Rendah Syariah Kuala Lumpur

“Jadi tiada isu lagi, tiada isu nusyuz dan semuanya kembali taat dan seperti dapat dilihat pasangan ini hadir secara baik dan bersama.

“Alhamdulillah rumah tangga mereka dapat dipelihara dengan izin Allah,” ujarnya kepada mStar pada pagi Rabu.

Sementara itu Mohamed Fahmi, 29, berkata, dia dan pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu akan menjelaskan apa yang berlaku kepada rumah tangga mereka secara terperinci dalam satu sidang media tidak lama lagi.

Kalau kamu minat drama Bollywood… ini adalah drama Bollywood 3 in 1.

“Apa yang penguam saya cakap adalah benar, kami akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat.

“Kami akan jelaskan segalanya tentang situasi kami, kalau kamu minat drama Bollywood… ini adalah drama Bollywood 3 in 1.

“Dekat sidang media nanti anda boleh tanya semua soalan yang ingin diajukan sebab mahkamah dah bagi perintah, kertas kerja akan siap petang ini atau esok,” ujarnya.

Konflik rumah tangga pasangan ini tercetus pada 3 November lalu apabila Mohamed Fahmi tidak mengetahui keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa pada ketika itu berada di kediaman keluarga mentuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya.

 

Pasangan Nynaa Harizal dan Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas mencapai persetujuan untuk berbaik.

Kemudian pada 11 November lalu, Fahmi membuat nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Permohonan itu difailkan Fahmi selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Manakala, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor pada 10 November lalu.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Biodata Nynaa Harizal, Peserta Dewi Remaja 2019

Pelakon Nynaa Harizal merupakan antara peserta Top 12 atau finalis Dewi Remaja edisi 2019.

Beliau berjaya melepasi saringan Top 20, sekaligus meraih peluang mendepani persaingan dalam merebut takhta juara program yang mengetengahkan personaliti remaja contoh ini.

Jangan lepaskan peluang mengikuti kehidupan para dewi menerusi saluran Astro Ria mulai 26 Oktober 2019, setiap Sabtu, jam 9 malam.

Profile Nynaa Harizal

1. Pemilik nama penuh Nurul Hanynaa binti Harizal.

2. Menggunakan nama komersial, Nynaa Harizal.

3. Kelahiran Ampang, Selangor pada 21 Oktober 1996. Kini berusia 23 tahun.

4. Merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.

5. Berketinggian 165 meter.

6. Berkelulusan Ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan daripada Universiti Kolej KDU.

7. Merupakan pelakon, model dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2017.

8. Antara drama dibintanginya seperti Hero Seorang Cinderella, Kekasih Paksa Rela, Terkoyak Langit Cinta, Kembalikan Sinarnya, Isteri Bukan Untuk Disewa dan Cinta Tanpa Henti.

9. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Mak dan Town Mall.

10. Laman sosial Instagramnya, @nynaaharizal_ sehingga kini sudah mengumpul lebih 93,000 pengikut.

Fakta Menarik Tentang Nynaa Harizal
Menceburkan diri dalam dunia peragaan sejak berusia 10 tahun yang mana wajahnya kerap menghiasi bahagian fesyen dalam majalah, selain membintangi iklan komersial televisyen.

Kini beliau membabitkan diri dalam bidang lakonan sebagai aktres.

Hobinya menunggang kuda dan bermain piano.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*