Tersilap Minta Pelajar Memanggil Dirinya Daddy. Sir Uzairi Letak Jawatan Sebagai Guru Di Pusat Tuisyen Terkenal.

Kecoh di media sosial apabila guru tuisyen popular, Sir Uzairi atau nama penuhnya Uzairi Mohd Taib mengaku silap selepas terlanjur meminta pelajarnya memanggil dirinya dengan gelaran daddy baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Twitter, Uzairi yang viral selepas menggunakan teknik mengajar yang lincah dan menghiburkan beberapa tahun lalu meminta maaf dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada pusat tuisyen di mana tempat dia bertugas.

“Kita seharusnya menjadi pendidik, tetapi kali ini, saya yang sepatutnya belajar sesuatu. Saya sedar bahawa video berkenaan telah menimbulkan kebimbangan ramai. Saya minta maaf atas kembimbangan yang tercetus disebabkan video berkenaan.

“Sebagai seorang pendidik, saya sedar sepenuhnya tentang kod etika yang mesti saya patuhi dan kepentingan terbaik semua pelajar saya yang saya pegang dengan standard tertinggi. Disebabkan kecuaian saya, apa yang mungkin bermula sebagai gurauan santai ternyata bertukar menjadi sesuatu yang sangat serius.

Dari lubuk hati yang terdalam, saya benar-benar memohon maaf kerana tersalah kata. Saya belajar daripada pengalaman ini dan saya telah memutuskan untuk berehat bagi bermuhasabah sepenuhnya atas kejadian ini.Tindakan saya itu adalah atas diri saya dan disebabkan saya sendiri.

“Saya benar-benar berharap semua orang tidak mengganggu rakan sepasukan saya. Mereka tidak melakukan apa-apa untuk menerima ini semua ini.

“Oleh itu, saya mengemukakan peletakan jawatan saya daripada @mcplus_my berkuat kuasa serta-merta. Saya bersedia sepenuhnya untuk menghadapi akibat daripada peristiwa malang ini,” tulisnya di Twitter.”

Terdahulu, viral di media sosial sepotong video memperlihatkan Uzairi yang difahamkan sedang berinteraksi dengan para pelajar secara live. Menerusi video berkenaan, Uzairi meminta pelajar yang menonton memanggilnya daddy.

VIDEO:

https://twitter.com/i/status/1468729907731578889

Kritikan dilemparkan kepada Uzairi memandangkan gelaran daddy tersebut merupakan (sindiran s.ks) yang dilihat tidak patut digunakan oleh seorang guru, apatah lagi dengan anak murid bawah umur.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Dkwa Guru Lelaki Buat Lawak Tidak Senonoh Dalam Kelas. Akhirnya Pelajar Dan Bapa Disaman Atas Sebab Ini.

Sebelum ini viral di media sosial mengenai isu seorang pelajar sekolah menengah bernama Ain Husniza yang mendakwa bekas gurunya pernah membuat ‘lawak tidak senonoh’ ketika sesi pembelajaran.Terbaru, guru terbabit yang dikenali dengan nama Khairul Nizam Sanuddin telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas anak murid dan bapanya, Saiful Nizam Ab. Wahab.

Menerusi laporan Utusan Online, bapa kepada remaja berusia 17 tahun itu, Saiful Nizam mengesahkan telah menerima writ saman berkenaan dengan memuat naik satu posting di laman Facebook.

Ain dan bapa terima writ saman

Berdasarkan salinan dokumen tersebut, guru terbabit Khairul Nizam Sanuddin memfailkan saman dengan menamakan dua beranak itu sebagai defendan melalui sebuah firma guaman di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 26 November lalu.Saman tersebut telah pun difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Rasshidi Ema Dan Yung.

Sebelum ini, Saiful Nizam telah menerima notis tuntutan bagi kenyataan fitnah dimana salah satunya adalah bayaran ganti rugi RM1 juta.

Malah, dia turut merancang bagi menyaman balas guru yang pernah mengajar pendidikan jasmani dan kesihatan di SMK Puncak Alam itu sebanyak RM5 juta.

Peguam Datuk Sangkara Nair yang mewakili dua beranak berkenaan berkata, tindakan saman balas itu kerana Ain menghadapi kemurungan dalam konteks sengaja mencetuskan tekanan emosi (IIED).

Memetik laporan Kosmo, tuntutan saman menetapkan tarikh 2 Disember ini untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nur Syuhada Abdullah.

Plaintif, Khairul Nizam menafikan ada membuat lawak tidak senonoh sepanjang sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan berlangsung. Malah tiada galakan kepada perlakuan tidak senonoh sebaliknya ianya adalah komunikasi dalam konteks pembelajaran untuk pemahaman dan pengajaran.

Minta permohonan maaf

Oleh hal demikian, plaintif memohon satu perintah dari mahkamah bagi mengarahkan kedua-dua defendan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah mengenai dirinya.

Khairul Nizam turut menuntut agar Ain Husniza dan bapanya menerbitkan permohonan maaf di semua laman sosial milik mereka dan pihak ketiga yang dikenalpasti serta di akhbar pilihan plaintif.

Selain itu, plaintif turut membuat permohonan ganti rugi am termasuk kesan kehilangan reputasi dan kredibiliti, ganti rugi melampau serta teladan yang akan ditafsirkan oleh mahkamah. Segala kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah juga turut dimohon oleh plaintif.

Perkongsian Saiful Nizam

April lalu, Ain atau nama penuhnya Nurain Husniza mendakwa guru tersebut bergurau ‘nanti kalau korang (pelajar) nak r0g.l, jangan r0g.l bawah 18 tahun. R0g.l orang yang atas 18 tahun’ menerusi pendedahan video di aplikasi TikTok.

Sumber: Ohmymedia , Facebook Saiful Nizam , TikTok @ainhsaifulnizam.

Dulu Bagitahu Mereka Tak Percaya. Sekarang Cerita Mereka Persoalkan. Datuk Pandelela Rinong Jawab Persoalan Ahmad Faizal.

Pendedahan yang dilakukan oleh atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berkaitan isu gangguan berunsur tidak senonoh yang dialaminya serta rakan-rakan atlet yang lain telah mendapat perhatian umum.

Cuma nak bagi sokongan kepada mangsa yang kena gangguan.

Walau bagaimanapun, pendedahan yang dibuat pandelela telah mendapat respon daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Faizal Azumu dengan bertanyakan semula kepada atlet berkenaan mengapa baru sekarang menceritakan hal tersebut kepada umum.

Hal tersebut menjadi salah faham dalam kalangan warganet dan Pandelela menyatakan bahawa kejadian yang dikongsikan cuma untuk memberi kesedaran dan sokongan kepada mangsa gangguan tidak senonoh seperti yang pernah atlet-atlet alami.

Langsung tak persoalkan apa yang diadu Pandelela.

Namun begitu, Ahmad Faizal telah menjelaskan kenyataan tersebut bukanlah untuk mempersoalkan apa yang dilakukan oleh Pandelela. Beliau cuma ingin mengetahui hal sebenar dengan lebih lanjut berkenaan kejadian yang pernah terjadi dalam kalangan atlet.

Ucap terima kasih kerana prihatin.

Ingin memanjangkan isu, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu memaklumkan yang beliau faham apa yang diperkatakan oleh Ahmad Faizal itu.

Atlet kelahiran Sarawak berkenaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana mendengar apa yang diperkatakan dan berharap agar Menteri KBS akan terus menyokong Diving Team untuk masa hadapan.

Walau bagaimanapun, menerusi ciapan di Twitter Pandelela, beliau seakan ‘berjauh hati’ apabila menyatakan apa yang diceritakan sebelum ini tidak dipercayai tetapi sekarang mempersoalkan pula selepas ia tular di media sosial.

Setakat ini menerusi kenyataan daripada Ahmad Faizal memetik laporan Malaysia Gazette, beliau memaklumkan telah membuat beberapa panggilan peribadi kepada atlet-atlet dan berjumpa mereka mengenai pendedahan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengenai gangguan tidak senonoh.

“Saya dah berjumpa dengan beberapa atlet tentang perkara ini jadi tidak sesuai untuk saya hebahkan lagi perkara ini masa ini.
“Tapi saya hanya nak faham keseluruhan senario, kenapa tiba-tiba setelah sekian lama lela (Pandelela) keluar kenyataan melalui media sosial beliau,” katanya pada sidang media seminar Anti-Doping Kebangsaan 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Diganggu Jurulatih Sendiri. Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Alami Gangguan Tidak Bermaruah Itu.

Kembali menjadi perbualan hangat, isu gangguan tidak elok kini tular sekali lagi berikutan pendedahan beberapa selebriti mengenai pengalaman berlakon aksi tidak elok dalam sebuah temubual, baru-baru ini.

Bukan sahaja artis, malah atlet negara turut tidak terkecuali daripada menerima gangguan tidak bermaruah seperti itu.

Semalam, atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong ada berkongsikan pengalamannya sendiri apabila dia terpaksa berdepan dengan jurulatih yang sering membuat lawak tidak senonoh terhadap rakan atlet.

Dulu saya ada seorang coach yang suka buat lawak tidak senonoh. Saya buat diam je tak pun pura-pura gelak sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia tapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian dia buat kes tidak bermaruah itu.

Tapi paling sedih dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa sebab backup besar dia adalah head coah kami sendiri.

Jelas Pandelela lagi, dia bukanlah ingin menutup mata dengan kesalahan seperti itu namun amat penting bagi mereka yang teraniaya agar tampil bersuara dan melawan.

Tambahnya, dia sedikit bernasib baik apabila kebajikan atlet masih dilindungi persatuan sukan yang mengambil berat dengan isu-isu melibatkan para atlet.

Status yang dimuat naik pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu turut mendapat perhatian bekas Menteri Belia dan Sukan yang kini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pandelela Rinong Dianugerahkan PSBS Yang Membawa Gelaran Datuk.

Kuching: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Pemenang pingat perak dan gangsa sukan Olimpik berusia 28 itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat.

Mendahului senarai penerima darjah kebesaran ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen yang menerima darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D A) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Turut menerima darjah kebesaran sama, bekas anggota Kabinet pertama Sarawak selepas pembentukan Malaysia pada 1963, Allahyarham Datuk Seri Pengiran Hipni Pengiran Annu.

Enam lagi menerima darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin; Peguam Besar Negeri Sarawak, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid; Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Datuk Dr Wan Lizozman Wan Omar dan ahli perniagaan, Datuk Kho Kak Beng.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Abdullah Saidol dan ahli perniagaan, James Ling Lu Kiong pula menerima darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, seramai 13 individu menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu.

Mereka ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Kameri Affandi; Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Edwin Abit; Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dr Rashidah Bolhassan.

Turut menerima darjah kebesaran sama, Residen Bahagian Kuching, Sherrina Hussaini; Residen Bahagian Sri Aman, Indit Bangai; Residen Bintulu, Jack Aman Luat; Pengarah Jabatan Tanah dan Survei, Abdullah Julaihi; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak, Lau Hieng Ung; Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri, Prof Madya Dr Muhammad Abdullah Zaidel; Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru, Dr Azhar Ahmad; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu, Muhammad Yakup Kari dan Pengarah Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak, Hashim Bojet.

Seramai 16 lagi menerima Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, seramai tujuh individu menerima pingat Johan Bintang Sarawak, Johan Bintang Kenyalang (16), Johan Perkhidmatan Cemerlang (4), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (18), Pegawai Bintang Sarawak (44), Pegawai Bintang Kenyalang (101) dan Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (177).

Ahli Bintang Sarawak pula seramai 253, Ahli Bintang Kenyalang (155), Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (260) dan Bentara Bintang Sarawak (251)-Sumber: Hmetro.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*