“Lari selamatkan anak masuk rumah” Isteri mngsa suami baran cerita apa yg berlaku selepas cermin kereta kena pecah

Alor Setar – Baru-baru ini, tular satu rakaman video memperlihatkan seorang lelaki memecahkan cermin kereta yang dinaiki isteri dan anaknya. Disebabkan hanya sedikit sahaja ruang tingkap yang dibuka, lelaki terbabit dengan g.anasnya memecahkan tingkap kereta wanita itu.

Sebaik sahaja tingkap kereta itu pecah, tangisan dua kanak-kanak kecil yang berada dalam kenderaan berkenaan mula kedengaran. Wanita berkenaan memuat naik sebuah hantaran di Facebook.

Seorang lelaki dit.ahan selepas bertindak k.asar dengan memecahkan cermin kenderaan dipercayai dinaiki isteri bersama dua anaknya, dalam kejad ian Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, sejurus keja.dian, m.angsa membuat laporan polis pada jam 10.37 pagi hari yang sama.

“Ketika keja.dian, m.angsa sedang memandu kereta bersama anak-anaknya di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah, sebelum menyedari dia diekori suaminya dengan menunggang motosikal Honda Wave.

“S.uspek kemudian men.ahan kereta mangsa dan mengetuk cermin kereta bahagian hadapan sebelah penumpang beberapa kali, menyuruh m.angsa membuka tingkap kereta.

“S.uspek memberi alasan mahu memberi wang kepada anak mereka namun isterinya hanya membuka sedikit tingkap, menyebabkan s.uspek tiba-tiba merentap cermin kereta sehingga pecah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, serpihan kaca turut terkena kepada anak-anak m.angsa menyebabkan mereka terkejut dan mengalami t.rauma.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati, kawasan itu tidak dilengkapi kamera rakaman litar tertutup CCTV namun m.angsa sempat merakam keja.dian itu menggunakan telefon bimbitnya sendiri.

Kata Ahmad Shukri, s.uspek berusia 30 tahun itu dit.ahan pada hari sama sejurus selepas keja.dian. S.uspek dir.eman empat hari bermula semalam hingga 17 Dis ini bagi membantu s.iasatan.

Isteri mangsa suami baran cerita kejadian selepas cermin kereta kena pecah, lari selamatkan anak masuk rumah

LEGA dan tenang. Demikian luahan rasa wanita bernama Amira Nabila apabila suaminya ditahan reman untuk membantu siasatan polis selepas videonya mengamuk dan memecahkan cermin kereta tular di media sosial.

Dakwa Amira Nabila Edy Rozimy, 24, kejadian yang berlaku pada 14 Disember lalu seperti yang disaksikan umum bukan kali pertama berlaku dalam rumah tangga mereka.

Menerusi panggilan video dengan mStar, Amira yang berasal dari Alor Setar, Kedah menceritakan semula tentang kejadian berkenaan.

“Selepas dia pecahkan tingkap, dia ambil anak saya yang sulung. Saya pula undur kereta sampai ke depan rumah dan bawa anak kedua masuk ke dalam rumah.

“Saya tak matikan enjin kereta. Kemudian dia datang ke rumah dan tinggalkan anak yang sulung tadi dan dia bawa kereta saya ke balai polis. Dia buat laporan ke atas saya,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod kejadian dalam video tular itu berlaku di Lorong Panglima Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar.

Amira mempunyai dua cahaya mata lelaki yang berusia tiga dan satu tahun.

Pasangan ini sudah tidak tinggal bersama sejak April lalu dan sedang dalam proses penceraian.

Bila dah berkahwin, jangan pernah abaikan tanggungjawab dan tolong jauhi sikap panas b4ran!

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*